utusmeloya - [...] Beliau berkata, perkara itu sudah diuar-uarkan sejak pilihan raya umum lalu dan sudah tentu para ibu tunggal tertunggu-tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan negeri mengenai pelaksanaannya.
"Kami harap perkara ini dapat dilaksana secepat mungkin memandangkan keadaan hidup sekarang yang semakin mendesak.
"Saya sendiri mahu berjumpa orang dari pejabat kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengenai perkara ini untuk mengetahui prosedur permohonan bagi lebih 20,000 ibu tunggal yang berdaftar di Selangor," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Selain elaun ibu tunggal, antara tawaran lain yang dibuat oleh pakatan pembangkang negeri Selangor dalam manifesto pilihan raya umum lalu adalah elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak kecil; membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak yang baru lahir; RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak; RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan prapersekolahan dan RM1,000 bagi setiap anak yang memulakan pengajian peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini.... selanjutnya.
May 22, 2008
Elaun: 20,000 ibu tunggal mahu Selangor tunai janji
Labels: Belit media, Kerajaan Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment