pasbangi - Pada bahagian pertama 1 April 2008 saya telah menulis dalam blog ini tentang ke mana arah tuju Ezam dan apa terjadi pada Ezam, samada mula bersekongkol dengan be end atau mencuri perhatian pemimpin be end untuk masuk ke dalam atau ini sememangnya fitnah be end untuk melaga-lagakan Ezam dan DSA dan menanam rasa curiga dalam kepimpinan PR yang baru ditubuhkan. Saya menganggap berita tersebut hanyalah mainan virus-virus politik yang sedang berusaha untuk mengganggu umat ini bila merujuk kepada tajuk akhbar mengenai komen Ezam yang merujuk kepada laporan akhbar Israel tentang Anwar.
Dalam laporan Utusan Malaysia 1 April itu Ezam berpendapat rakyat mempunyai sebab untuk curiga dengan laporan sebuah akhbar Israel yang meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya.‘‘Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara.“Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia dikala diminta mengulas atau meminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia’s Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan. Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini. Nallakarupan pula melihat akhbar itu tidak jelas mengenai perjalanan politik negara apabila membuat ramalan sedemikian.Mengulas lanjut,
Terkini 22 Mei Bernama melaporkan DS Wan Azizah terkejut dengan hasrat Ezam Masuk Umno semula. "Itu adalah keputusannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini memetik sumber mengenai hasrat Ezam itu. DS Wan Azizah berkata walaupun Ezam sudah meletak jawatan dari PKR tahun lepas, hubungan mereka masih baik. Katanya beliau tidak terkilan dengan hasrat Ezam itu dan ia juga tidak menjejaskan kedudukan PKR kerana parti itu mempunyai ramai lagi anggota. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula berkata Umno tiada halangan untuk menerima kembali Ezam jika beliau boleh menerima dasar perjuangan parti dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi Umno. "Kita alu-alukan sekiranya dia berminat nak menyertai Umno secara sukarela, barangkali dia sudah tidak yakin lagi dengan dasar dan perjuangan parti yang disertainya sebelum ini," katanya. ... selanjutnya.
May 22, 2008
Betul ke ni Ezam? Bah. 2
Labels: Ezam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment