Gadai selagi ada kuasa .....gadai. Rakyat setakat dapat MYKAD dengan hak mengundi. Kerja kena buat, cukai kena bayar .... akhirnya untung, orang lain yang dapat. Belasah lah pemimpin, selagi ada nafsu tamak haloba. Ntah bila lah rakyat boleh hidup bahagia.
WPI: Johor akan jadi "Singapore occupied territory" ala Israel
Saya merujuk kepada artikel "Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura" oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel "Zionis Sudah Sampai Ke WPI" oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008.
Saya ingin pula menambah sedikit mengenai ancaman kerjasama dua hala dengan Singapura dalam membangunkan WPI terhadap keselamatan dan kemerdekaan negeri Johor. Berdasarkan 'Singapore's defence blueprint' (kertaskerja pertahanan) yang digubal oleh kerajaan Singapura pada awal tahun 1970an dan dikemaskinikan dari masa kesemasa, Johor itu dianggap penting sekali bagi ekonomi dan pertahanan Singapura. Kalau kita kaji kertaskerja pertahanan Singapura (defence bluprint) tersebut, maka kita akan faham makna yang tersirat apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan Abdullah Badawi mahu menjual negara kita kepada Singapura.
Johor perlu dijadikan 'hinterland' ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan 'occupied territory' sama seperti Israel menakluki dan menjajah 'occupied territories' di negara-negara Arab.
Dari mana saya dapat maklumat tentang kertaskerja pertahanan Singapura ini. Bukankah ini rahsia besar kerajaan Singapura. Adakah saya hendak ada-adakan sesuatu yang tak wujud? - tranungkite...
1 comments:
tak apa !.org johor sayang sangat kat umno...bawak ajelah apa2,kami org umno johor terima je...nak suruh kami pilih gadut ke,bangkai ke,tunggulke,kami sanggup apalagi yahudi...bendera yahudi pun kami dah kibarkan di KL tu..
Post a Comment