kkamdias - [...] Kalau dari awal lagi pemimpin-pemimpin UMNO bertegas untuk menyelesaikan masalah kepimpinan di peringkat dalaman parti, mungkin masalah ini tidak akan merebak hingga ke peringkat komponen parti.
Hari ini, parti komponen telah hilang pertimbangan melihat gelagat pemimpin UMNO yang tidak buat apa-apa untuk membetulkan parti. Pemimpin UMNO patut sedar bahawa mereka bukan sahaja menjadi pemimpin UMNO, malahan mereka juga adalah pemimpin Barisan Nasional.
Parti-parti komponen juga bergantung harap kepada kekuatan UMNO untuk jaminan survival politik parti mereka. Mereka memerhati dan melihat dengan teliti apa yang sedang dilakukan oleh UMNO untuk memperbetulkan segala kelemahan.
BN akan terus menghadapi risiko kemungkinan hilang lebih banyak rakan kongsi jika UMNO masih tidak mahu mengakui akan penyakit sebenar yang sedang melanda. Rakan komponen perlukan sesuatu yang konkrit bagi meyakinkan diri untuk terus sehidup semati bersama BN.
Pemimpin UMNO harus berpijak di bumi. Keputusan harus dibuat samada sedia untuk berubah atau bersedia untuk diubah. Tidak ada pilihan ke tiga. Kita telah benar-benar kesuntukan masa. INI BUKAN COBAAN..INI BETUL BETUL! INI BUKAN COBAAN!…INI BETUL-BETULLL!
Gara-gara kelemahan pemimpin, hari ini rakan komponen telah mengambil inisiatif sendiri, akibat hilang keyakinan. Besok lusa, rakyat pula akan ambil inisiatif sendiri. Ahli dan pemimpin UMNO mahu buat perubahan sendiri atau mahu rakan komponen tolong buat perubahan bagi pihak UMNO? Atau pun dalam PRU13 nanti rakyat akan tolong ubahkan bukan saja kepimpinan UMNO, malah ubah kerajaan.... selanjutnya.
Jun 20, 2008
INI BUKAN COBAAN, INI BETUL-BETUL
Labels: Analisa, UMNO pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment