malaysiakini - [...] Pertemuan itu, yang bermula jam 10 pagi tadi, di ibu pejabatnya di Kota Kinabalu dipercayai akan menyaksikan ketegangan antara Yong dengan timbalannya Datuk Raymond Tan, yang juga timbalan ketua menteri Sabah.
Tan mengecam keputusan Yong itu, dengan menyatakan beliau berasa "keliru dan malu" dengan tindakan partinya, satu daripada komponen BN yang dipengerusikan Abdullah.
Tan juga mendakwa majlis tertinggi tidak dirujuk terlebih awal berhubung perkara tersebut dan mendakwa usul tidak percaya tersebut tindakan politik Yong sahaja.
Difahamkan Yong mendapat sokongan empat daripada enam wakil rakyat SAPP untuk menyokongnya.
Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan mengadakan pertemuan empat mata kira-kira sejam sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti yang melibatkan hampir semua 35 anggota.
Timbalan-timbalan presiden SAPP Datuk Eric Majimbun, yang juga ahli parlimen Sepanggar, dan Datuk Liew Teck Chan, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi Likas, tidak hadir kerana berada di luar negara.... selanjutnya.
Jun 20, 2008
SAPP bincang usul tidak percaya
Labels: Lompat parti, SAPP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment