matsamankati - [...] Nizar sendiri ada cakap benda ni masa ceramah kat Taman Meru. Ada orang buat khabar angin, kata Nizar akan bersembahyang Jumaat kat tempat sekian-sekian. Maka meneru lah orang nak pi jumpa Nizar. Tup-tup dia tak dak. Nizar kata, ni kerja orang Umno. Kat mana orang Umno belajar benda ni?
Hari Selasa lepas, ada ceramah Mahfuz kat Arena Square, Kuala Kangsar. Aku tak pi pasai aku dah tau Mahfuz tak datang, sehari sebelum itu. Member yang bagi tau aku, dah tau tiga hari sebelum itu. Maknanya, penganjur dah tau sekurang-kurangnya empat hari sebelum itu. Tu sebab depa ada masa untuk cari penceramah pengganti. Tapi pasai apa tak bagi tau kat orang ramai Mahfuz tak jadi datang? Tak boleeehhh.... nanti orang tak datang. Tu jawab depa. Malam tu, penuh la Pak haji-Pak haji, naik motor kapcai, ada yang dari Manong, ada yang dari Senggang. Ada yang naik satu motor tiga orang. Tak kesian ka kat depa?
Dua tahun lepas, BA buat majlis Hari Raya diPadang Rengas. Aku sama-sama duduk dalam Jawatankuasa dan VIP jemputan ialah Ustaz Nasharuddin. Sebelum poster diedarkan, Ustaz Nasha bagi tau dia tak dapat hadir. Sepatutnya boleh cancel la poster tu. Tapi pemimpin Pas Padang Rengas tak bagi. Takut orang tak mai. Yang ni mungkin tipu sunat.... selanjutnya.
Jun 20, 2008
Tipu orang dengan ceramah
Labels: Matsamankati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
yang heran nya tak de pulak polis nak ambil tindakan kat memana umno yang sebar tu... ish ish ish poning poning
Post a Comment