KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 20, 2008

Minyak – kita wajib marah

ImageDARI JELEBU
malaysiatoday - Kali akhir saya menulis tentang minyak ialah apabila saya membaca niat PKR untuk menurunkan harga minyak sebagai janji pilihan raya umum ke 12. Saya memiliki pandangan yang berbeza dari hal bahan bakar minyak petrol.

Saya sedar TIDAK ramai yang memahami apa yang telah saya tulis dalam masa sepuluh tahun ini. Ada yang tidak mahu faham. Dan ada pula yang menganggap pandangan saya ini adalah pandangan seorang hippie yang anti-kereta dan anti-pembangunan.

Saya adalah penganut mazhab Peak Oil/Puncak Minyak. Puncak Minyak ini adalah satu teori yang mengajukan pandangan bahawa minyak yang mula ditemui 150 tahun dahulu kini kian habis. Pada awalnya bahan mentah ini senang memancut dan mengalir keluar. Peningkatan ilmu dan teknologi moden telah dapat pula membantu pengaliran minyak dengan banyak - sama ada dari daratan mahu pun dari perut laut.

Pancutan yang melimpah ruah dari telaga minyak ini akhirnya akan sampai ke satu tahap yang paling tinggi. Tahap tinggi ini dipanggil Puncak Minyak. Sesudah sampai ke tahap puncak ini maka pancutan minyak itu akan mula menurun. Akhirnya untuk mengeluarkan saki minyak dalam perut bumi air wajib dipancut ke dalam bumi agar dapat menolak minyak ke atas. Ini sedang berlaku di banyak telaga-telaga minyak di Saudi.

Ketika pancutan/pengaliran bahan bakar ini melimpah dengan banyak maka negara-negara yang memiliki telaga-telaga minyak itu telah menjadi negara pengeksport minyak. Negara-negara ini menjadi kaya dan telah bergabung di bawah OPEC. Apabila pengeluaran minyak susut – tidak mencecah satu juta tong sehari untuk di terima sebagai ahli OPEC - maka negara ini terpaksa meninggalkan OPEC. Ini telah berlaku kepada Indonesia.

Negara jiran kita ini bukan lagi negara pengeksport tetapi negara pengimport minyak. Susutnya pengeluaran minyak adalah tanda-tanda bahawa telaga-telaga di negara ini telah melintasi Puncak Minyak. Inilah sebahagian dari asas teori Puncak Minyak.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive