bernama - [...] Semuanya bermula dengan kata dua yang dilihat biasa sahaja. Pada 13 Mei, Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee memberikan Barisan Nasional (BN) masa sehingga Ogos bagi menyelesaikan isu-isu tertunggak di Sabah.
"Selepas Ogos, tiada jaminan bahawa anggota SAPP akan kekal dalam Barisan(Nasional)," katanya.
Rungutan itu tidak berhenti setakat itu. SAPP terus bersuara lantang dengan membangkitkan beberapa masalah yang menjejaskan negeri itu, termasuk masalah pendatang tanpa izin dan "projek kad pengenalan."
Banyak pihak beranggapan bahawa SAPP hanya sekadar "menangguk di air yang keruh" bagi kelangsungan politik.
Apa yang dilihat sebagai strategi politik, Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan pada Isnin menafikan laporan media bahawa parti itu sedang menunggu masa untuk mengetepikan BN, menyatakan laporan itu "hanya spekulasi."
Hari ini, Yong, bekas ketua menteri Sabah, membuat kejutan dengan mengisytiharkan bahawa parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pada masa sama, beliau mengumumkan bahawa dua anggota Parlimen SAPP Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.
"Kami mesti membuat pendirian sebelum jendela peluang itu tutup. Jendela peluang ini akan tutup menjelang Ogos yang mana selepas itu Sabah akan dilupakan sekali lagi.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment