klpos - APABILA ada orang bertanya kepada saya tentang kenaikkan harga minyak baru-baru ini – saya berkata ianya memang bagus dan tepat pada masanya. Memang bagus kerana dengan pengurangan subsidi ini, maknanya kerajaan kita akan mempunyai lebihan wang sebanyak lebih kurang 14 billion setahun. Memang banyak nilai 14 billion. 1 billion bersamaan seribu juta. 1 juta bersamaan - senang cerita duit RM 100 sebanyak 10,000 keping.
Secara peribadi, dalam keadaan kerajaan kita yang begitu gigih melancarkan program untuk kesejahteraan rakyat melalui pelbagai koridor seperti ECER, NCER, WPI dan SCORE, saya merasakan kenaikkan petrol sehingga RM 2.70 masih terlalu rendah. Otak saya sentiasa berfikir, sudah cukupkah wang kerajaan dengan kenaikkan 78 sen ini?.
Saya cukup risau kalau-kalau kerajaan masih tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mentadbir dan menguruskan negara ini dalam keadaan yang sedang cukup bermasalah sekarang samada dari segi ekonomi dan politik dan kewangan negara.
Saya juga risau, kalau-kalau pemimpin-pemimpin negara kita akan dipotong gaji dan elaun mereka lebih banyak selepas ini selepas pengumuman Pak Lah elaun para menteri, timbalan menteri, TPM malah PM sendiri akan dipotong sebanyak 10 peratus. Cukuplah dengan hanya rakyat sahaja yang perlu berkorban. Mereka sebagai pemimpin tidak seharusnya melakukan apa-apa pengorbanan. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment