malaysianinsider - [...] “Besar...memang tetapi kalau you datang mengunjungi setiausaha akhbar sebelum saya, lagi terperanjat. Di bilik ini dulu ada dua komputer, mesin fax sendiri, telefon ada di dua meja dan sebagainya.
“Seolah-olah bila tuan punya bilik ini dulu duduk kat meja itu, walaupun dalam bilik ini juga, di situ akan ada komputer dan telefon untuk membantu dia bekerja.
“Tetapi, bila saya masuk ke sini, semua kena kontrol oleh Tan Sri. Konsep beliau adalah merakyatkan ekonomi. Sebab itu, nak tukar meja ini pun tak boleh. Yang dikeluarkan adalah,” cerita Arfa.
Inilah yang berlaku di pusat kegiatan kerajaan negeri Selangor dalam tempoh 100 hari selepas kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk. Semua kegiatannya mematuhi pendekatan yang dikehendaki oleh MBnya, Merakyatkan Ekonomi.
“Maksudnya, setiap wang yang diperolehi hasil kemajuan ekonomi Selangor, akan disalurkan kembali kepada rakyat jika tidak kesemuanya, sebagian besar akan dikembalikan kepada mereka,” jelas Arfa.
Untuk 100 hari pertama, MB mengikat semua sekali perbelanjaan yang hendak dibuat. Semua kertas cadangan yang sampai akan dilihat di hujung kertas dahulu iaitu di bahagian implikasi kewangan.
“Inilah ajaran bos saya. Bila datang proposal, lihat di hujung dahulu,” kata Elisabeth Wong, salah seorang Exco kerajaan negeri ketika saya berjumpa dengan beliau baru-baru ini.
Saya membawa satu cadangan kepada Ely agar kerajaan negeri Selangor menerbitkan buku pengembaraan dua rakyat Malaysia ke seluruh dunia dengan kereta pacuan empat rodanya. Yang pertama komen beliau adalah sejumlah wang yang terpaksa dibelanjakannya untuk menerbitkan buku itu bukannya manafaat yang bakal diperolehi dari buku itu khasnya untuk portfolio beliau.
Seorang pegawai khas kepada exco kerajaan negeri juga mempunyai ceritanya tersendiri tentang cara pengurusan Tan Sri Khalid.
“Sekarang ini, semua projek pengeluaran pasir dibekukan secara blanket,” cerita Izham Hashim, Pegawai Khas kepada Datuk Dr Hassan Ali. Ini kerana, pengeluaran pasir telah menjadi isu besar kepada Selangor kerana bahan ini menjadi rebutan berikutan keperluan pasir untuk projek-projek pembangunan di negeri ini. Pihak yang mendapat permit mengeluarkan pasir di Selangor boleh menjadi orang kaya baru dengan serta merta berikutan permintaan terhadap pasir yang tinggi.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment