KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 19, 2008

Wawancara dengan Boss Petronas

Korang ingat? Semalam aku ada cerita tentang temubual antara wartawan dan Hassan Merican ... Kalau korang tak kenal siapa Hassan merican, sila klik sini.

Dan di dalam sessi tersebut, ada soalan yang membuatkan Hassan Terkantoi. Disini adalah keratan soal jawab tersebut

Soalan: Tan Sri, ini berbalik kepada keuntungan Petronas tadi. Ramai di kalangan rakyat tidak begitu puas hati dengan apa yang mereka katakan ketelusan perakaunan Petronas. Disebalik Petronas mengatakan ia adalah satu organisasi yang telus, apa komen Tan Sri tentang hal ini?
Jawapan: Petronas adalah sebuah syarikat yang beroperasi di bawah Akta Syarikat 1965 dan semua syarikat yang beroperasi ini mesti mengeluarkan laporan tahunan seperti dikehendaki oleh akta itu. Dan Petronas daripada mulanya memang mengeluarkan tiap-tiap tahun laporan tahunan Petronas dan kumpulan Petronas. Dan bermula dari tahun 1990, kita memang publish kita punya laporan tahunan.
Sebabnya Petronas dah ada rating Standard and Poors atau Moodys, itu pun peminjam duit daripada capital market dalam dunia. Jadi saya rasa kehendak akta syarikat kita telah comply.
Soalan: Bolehkah Petronas lebih telus dari ini Tan Sri?
Jawapan: Telus bagaimana lagi?
Soalan: Seperti ada yang mengatakan Petronas harus membentangkan contohnya laporan tahunannya di Parlimen dan Petronas sepatutnya accountable kepada Parlimen dan bukan sahaja kepada Perdana Menteri.
Jawapan: Petronas ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum tahun 1974. Dan di dalam akta tersebut Petronas bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Jadi sebagai di masa sekarang ini, kita memang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.
Soalan: Dan itu tidak mungkin berubahlah.
Jawapan: Itu bukan untuk saya yang menetapkannya. Akta Petroleum diluluskan oleh Parlimen. (....masa ni dia gagap gagap)
Dan selepas jawapan tersebut... Johan jaafar terus mencilok masuk soalan lain untuk ubah fokus ... bimbang pecah kaca meja basah, jawab tergagap, kena belasah. Klik untuk temubual lanjut di Hard T.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive