Bila di tanya oleh wartawan tentang kenyataan yang dibuat oleh SAPP .... dengan pendek Pak Lah menjawab, Rujuk berita ini -
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan "saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya."Mungkin aku setuju dengan kenyataan Pedana menteri itu, tapi persoalannya sekarang, siapakah yang tamak antara yang tamak?
Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian. - malaysiakini
Kalau nak dihurai, mungkin panjang lebar. Tapi hakikat sebenar adalah .... rakyat sudah tahu betapa banyak pembaziran dan kehancuran yang berlaku sejak beliau memegang jawatan. Di dalam banyak urusan dan kaitan dengan bajet hal pembangunan .... pastinya suku sakat nya turut terbabit.
Jangan kata dulang, paku serpih. Kata orang ..... Kamaluddin, Khairy, Nori dan Dollah yang lebih.
0 comments:
Post a Comment