harakahdaily - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan melepaskan jawatannya secepat mungkin sebelum usul undi tidak percaya di bawa ke Dewan Rakyat.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan Parti Maju Sabah (SAPP) mengenai sokongan terhadap undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri yang mungkin akan dibawa ke Dewan Rakyat isnin ini.
Beliau menjangkakan bahawa akan ramai lagi ahli Parlimen Umno dan BN yang akan membuat kenyataan bagi menyokong langkah SAPP itu sebelum sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
Justeru, baginya Perdana Menteri mungkin akan berbuat demikian bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan BN hari ini, dan hal ini mungkin mendapat sokongan di kalangan ahli Parlimen BN.
Namun kata Mahfuz, beliau lebih melihat bahawa 'taktik' ini tidak akan memberi impak kepada rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan beban kerana kelemahan kerajaan.
Sebaliknya, jika Abdullah mengundur diri, kemungkinan besar Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah seterusnya mengemudi kerajaan dengan 'beban' yang masih sama. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
1 comments:
kemungkinan utk Pak Lah letak jawatan mmg ada.... kerana beberapa minggu lepas PM telah keluarkan brg2 pribadi dari seri perdana dgn mengunakan lori...
Post a Comment