malaysiakini - Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.
"Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu," kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production (http://roslanaziz.blogspot.com) semalam.
Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.
"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.... selanjutnya.
No2umnO - Tuhhh !!! Minta maaf dengan Tuhan. Baik lagi kalau TAUBAT !!!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
1 comments:
Ini bermaana Roslan Aziz masih kuat pegangan agama,kepada ahli PAS dan yg lain juga mesti memaafkan nya.
Bukan kah setiap kali khutbah jumaat ada menyebut jika berlaku perselisihan,maka hendaklah kamu kembali ke tali Allah.
Tahnian dan syabas Roslan
Post a Comment