harakahdaily - [...] Tegas beliau, tuduhan Azalina itu bersifat tohmahan dan finah terhadap kerajaan Kelantan apatah lagi ia dijadikan alasan untuk membatalkan perjanjian persefahaman program pelancongan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat yang lain.
"Menteri tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka kerana ia boleh memberi kesan kepada semua pihak yang mendengar hal ini, seolah-olah ingin menggambarkan kerajaan negeri Kelantan telah menganiayai staf pelancongan.
"Saya sudah merujuk isu ini kepada lima orang individu yang berkaitan iaitu Exco Perlancongan negeri Kelantan, Dato' Takiyuddin Hasan; Exco Perlancongan negeri sebelumnya, Dato' Anuar Tan; Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan, Haji Mohd Arif Mohd Nor; Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan, Nik Azman Nik Ahmad dan Pengarah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Haji Sulaiman," katanya.
Berdasarkan penjelasan kelima-lima individu ini jelasnya, kes ini telah berlaku enam tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002.
"Mana mungkin Dato' Azalina boleh bangkitkan hal ini sedangkan beliau baru berkhidmat sebagai menteri Perlancongan selama dua bulan, kerana pada ketika itu menteri yang bertanggungjawab adalah Dato' Seri Abdul Kadir Syeikh Fadzir yang kemudian diambil alih oleh Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor," ujarnya. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment