harakahdaily - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul terhadap Palestin pada sidang baru-baru ini.
"Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,"ujarnya pada ceramah 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini baru-baru ini.
Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel.
"Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,"ujarnya penuh sinis.
1 comments:
cherita-cherita,chuma,Punchak,benchi,mencherita,menchegah
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Psst , Che Dedet , ce tukau "Y.T.M, Tunku" ke "YB Tun Mahathir". Seghoper le, jgn perasan sangat..
Patek berdo'a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas., Muekekekek.. dan juga supaya Tun sendiri sadau yg tun dah x "relevan" dan bak omputeh cakap "Throwing tantrum in order to get attention". Beza ngan kekanak, "mainan" Tun rega mahal belaka, titi bengkok la sekeratla, bullet train la, satu lagi masjid kat putraya la.... heesh mahe belaka tun, kesian ler kat teman yg dok bayo cukai nih..
Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek. aaaa, dua sudu je?
Post a Comment