Petugas UMNO tunjuk samseng, guna parang ugut petugas PAS – ikut jejak langkah pemimpin mereka
buletinonline
Dungun, 19 Feb – Selepas dari pemimpin UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Che Mat Jusoh mengugut para petugas PAS, kini ‘tauladan’ tersebut telah diikuti oleh petugas UMNO Bahagian Dungun
Itulah dia yang dikatakan ‘kepimpinan melalui tauladan’, pemimpin UMNO yang juga bekas Speaker DUN Terengganu mengugut petugas PAS dengan senapang, anak-anak buahnya di Dungun mula tunjuk samseng dengan menggunakan parang.
Dalam sesi pemanas badan(warming up) sebelum bermulanya penamaan calun(kempen sebenar PRU12) seorang petugas UMNO telah mendedahkan perangai hodoh UMNO dengan tindakan ‘ala’ amuk, dengan menggunakan parang dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan Markas PAS Pulau Serai, dekat sini, Sabtu lalu.
Perbuatan ini yang berlaku selepas empat hari ugutan Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu terhadap petugas PAS, mengesahkan kepada umum bahawa memang UMNO cuba tunjuk kuasa. Ia juga sekaligus menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, meminta ahli UMNO jangan balas dengan maki hamun tetapi nampaknya difahami oleh ahli-ahli UMNO bawahan mesti dibalas dengan ‘golok dan parang’.
Menurut seorang petugas PAS, Ahmad Puad Muda, 45, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.00 malam di kawasan markas berkenaan. Katanya, ketika itu, seramai enam orang lelaki Melayu berhasrat untuk memasang bendera UMNO di kawasan markaz itu, namun ianya dilarang oleh salah seorang petugas PAS yang berada di situ.
“Kemudian berlaku pertengkaran mulut dan selepas itu salah seorang daripada mereka mengeluarkan sebilah parang,
“parang dihayun ke arah para petugas PAS yang berada di kawasan markaz” tambah Ahmad Puad
Berikutan dengan peristiwa itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, jam 11.17 pada malam yang sama.
Berdasarkan dua kes awal ini, pemimpin UMNO tidak boleh sesedap mulut dengan lancang menyalahkan petugas parti pembangkang apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. UMNO/BN harus sedar bahawa ahli-ahli dibawah berbuat demikian sebenarnya mengikut contoh, telunjuk dan kata-kata perangsang kepimpinan UMNO/BN
Contoh yang jelas adalah ugutan secara halus Hishamudin Hussien mengeluarkan keris sewaktu Perhimpunan Agung UMNO. Keris yang merupakan senjata tajam dan alat yang digunakan oleh pahlawan Melayu untuk membunuh musuh. Perbuatan ini adalah suatu provokasi yang dipercayai memberikan ‘laluan’ kepada ahli-ahli bawahan UMNO bahawa mereka juga boleh membawa senjata untuk membuktikan bahawa mereka orang yang berkuasa.
No2umnO - Rujuk Calon jangan guna samseng. Kenyataan dibuat oleh Musa Hassan. Sejauh mana POLIS bertindak adil. Kalau manusia ugut manusia lain dengan Parang, jawapannnya adalah penahanan dan hukuman melalui mahkamah. Isu UMNO ugut guna senjata dan lagak samseng dah banyak berlaku. Tapi tiada tindakan dibuat kerana itu maka UMNO semakin berani buat apa sahaja apabila tahu POLIS membela mereka. Jangan nak berdrama tentang tindakan adil kerana sejauh mana keadilan? Sejarah sudah buktikan banyak perkara. Mungkin tindakan undang undang tidak dilakukan kerana yang buat tu bukan manusia. Mungkin ORANG UTAN.
PAS DAN FITNAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN
1 minute ago
0 comments:
Post a Comment