KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 16, 2008

Adnan dicabar beli semula tanah Umno

malaysiakini - [...] "Tidak perlu mengugut saya kerana Adnan sendiri telah tahu perkara tersebut.

"Saya mencabar Adnan supaya membeli semula tanah itu kerana ia milik parti," kata bekas setiausaha perhubungan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kepada Malaysiakini hari ini.

"Kisah ini memang benar dan penjualan tanah itu telah empat tahun lalu."

Beliau mengulas kenyataan Adnan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya susulan aduannya tentang hal itu kepada presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi dalam surat bertarikh 5 Mei.

Menurut Ahmad Tajuddin, menteri besar itu mahu mengambil tindakan undang-undang termasuk saman fitnah ke atas ketua bahagian Paya Besar itu seperti ucapan Adnan dalam rakaman cakera padat video (VCD).

Menurutnya lagi, Adnan juga mencabarnya tentang kesahihan jualan tersebut dalam ucapannnya yang dirakam dalam satu perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan di satu bahagian di Pahang baru-baru ini.

"Adnan mencabar saya supaya membuka kitab (rekod untuk memastikan sama jualan itu terjadi atau tidak)," kata Ahmad Tajuddin, sambil menambah VCD itu beliau edar kepada semua pemimpin atasan dan ketua bahagian Umno seluruh negara.>> selanjutnya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive