Rujukan - 1,000,000 sejuta pengunjung ..... huhuhu
Maka berterima kaseh lah di atas ucapan tahniah yang wak terima diatas pencapaian 1 juta klik blog no2umno. Wak sebut 1 juta klik dan bukan 1 juta pengunjung. Kerana istilah membawa maksud yang berlainan.
Maka ada yang mempertikaikan tentang jumlah jutaan klik yang blog ini perolehi. Wak setuju dengan apa yang pemberi komen cuba katakan. Sebenarnya jumlah klik bukan lah menjadi isu. Cuma sekadar untuk menyedapkan hati. Maklumlah, mengendalikan blog ni, bukan ada gaji pun.
Cuma sedikit rasa berbaloi setelah sekian lama berusaha untuk mencipta rekod sendiri. Tiada kena mengena atau membandingkan antara blog blog yang lain. Ada juga blog yang sudah pun memperolehi kunjungan melebihi 4 juta klik Rocky Bru dan 2 juta klik Sloone. Mereka ini adalah orang lama dan mempunyai jutaan peminat. Begitu juga Malaysia today yang mempunyai jutaan layaran pada satu hari. Wak cukup tabik kepada mereka kerana mereka adalah orang lama dan blog mereka mempunyai identiti mereka sendiri.
Tentang kandungan di dalam blog no2umno. Sudah tertulis di dalam biodata dan status blog ini. Mari wak ulangkan sekali lagi .....
Blog no2umno adalahItu lah yang wak tulis tetapi di dalam usaha cilok mencilok no2umno tetap mengekalkan nama penulis. 'Link' atau 'Rujukan' akan ditulis dalam setiap artikel dan berita yang diambil. Tidak terfikir langsung untuk mencilok dan menulis nama No2umnO sebagai penulis. Kalau dihasilkan sendiri, maka ditulis dibahagian atasnya dengan nama Radenjowo.
koleksi berita berita internet, media dan artikel. Yang aku hasilkan, yang aku cilok dan yang aku kebas. Harap maaf.
No2umo akui mengambil berita berita dan artikel dari laman web dan blog lain. Bukan semua yang dihasilkan sendiri. Membuat artikel bukan perkara yang mudah. Tambah tambah lagi faktor masa dan kelulusan yang wak tidak miliki. Kemungkinan di dalam seminggu hanya ada satu atau dua dan selainnya lebih kepada pendapat dari laman blog serta berita berita yang diperolehi dari mana mana laman web berita tempatan. Mungkin ada ulasan dan mungkin tidak, merujuk kepada mood hari hari tertentu.
Ada juga yang mengantar email untuk disiarkan di blog ini. Asal artikel itu sesuai maka wak akan siarkan. Tiada lagi yang wak tolak rasanya. Ini dilakukan semata mata untuk memberikan ruangan pendedahan dan galakan agar lebih ramai yang mahu menceburi dunia blogger serta melahirkan apa yang terbuku di dalam hati mereka. Jangan pendam perasaan kerana boleh bikin manusia gila.
Akhir kata, biar pun apa .... yang pasti No2umnO adalah tempat untuk anda melepaskan geram dan dendam dengan cara berbudi bahasa. Yang kesat kesat tu, wak terpaksa buang kerana bimbang ada yang tersentuh hati dan perasaan.
Kepada yang mahu tahu tentang blog .... sila rujuk pada artikel yang cukup menarik di dalam laman blog Kuda Kepang BLOGGERS DI MAYAPADA, MANUSIA DI BUMI NYATA
2 comments:
Apa2 pun tahniah tuan raden kerana berjaya menarik pengunjung di sini.
Pembaca2 blog tak payah susah2 carik info atau bahan baca, di sini semuannya ada.
Agak2nya bila ler blog si buta nak capai sejuta klik? hehehe
Tahniah kepada wak kerana berjaya mewar-warkan info yang agak sukar juga untuk menggagau (meng'google') maklumat dalam internet.
..blog wak macam 'yahoo pipe' untuk info 'Tidak kepada U make Noise Only (UMNo)
...juta2 kayo wak kayo............
Post a Comment