Mstar - "Tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan pembubaran tidak boleh dibuat (dalam masa tiga bulan selepas kerajaan dibentuk), tiada undang-undang," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Begitu juga bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Gabenor, kata beliau.
Negara tidak pernah menyaksikan perkembangan seumpama itu sebelum ini, tetapi peruntukan undang-undang tidak menghalang kerajaan semasa berbuat demikian.
Pilihan raya umum ke-12 diadakan 15 bulan sebelum mandat tahun 2004 berakhir.
Meskipun pilihan raya umum diadakan 8 Mac lalu tetapi mandat kerajaan semasa persekutuan bermula hanya apabila Parlimen mula bersidang.
Parlimen ke-12 mula bersidang 29 April lalu dan penggal pertama mesyuarat akan berakhir 27 Mei ini. Beberapa negeri juga telah mula mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri masing-masing >> selanjutnya
0 comments:
Post a Comment