KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 16, 2008

Di mana RM 3 bilion ? Deris takut dipersalahkan

buletinonline - [...] Penjelasan Deris setelah pendedahan oleh Amirsham agak mengejutkan kerana selama ini dia tidak membuat kenyataan apa-apa yang berkaitan wang royalti.

Deris berkata lagi, kerajaan negeri yang ketika di bawah pimpinannya hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut.

“Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,

“Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri sendiri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit.

“Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada.” Ujarnya.

Dengan penjelasan yang dibuat oleh Deris Jusoh, kini rakyat Terengganu mengetahui bahawa selama ini, Deris yang dikatakan hebat dalam mentadbir negeri Terengganu dengan segala macam program dan sering mengutuk PAS rupa-rupanya hanyalah boneka yang dikawal oleh kerajaan pusat.

Rakyat negeri Terengganu harus sedar, rakyat dan negeri Terengganu sepatutnya menerima kesemua RM 7.3 bilion dalam masa 4 tahun ini.>> selanjutnya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive