kalau lah satu klik itu bernilai RM1, wak sekarang ini sudah boleh digelar jutawan. Tapi ianya melebihi dari itu, kerana jumlah klik yang diperolehi, beerti kerjasama, persahabatan dan setiakawan yang memberikan harapan untuk blog ini terus hidup.
Perjuangan masih panjang. Itu kata mereka dan selagi ada hayat dan kederat, insyaAllah blog ini boleh terus bernafas.
Pada jam 4.04 petang semalam [15/5/2008], Blog yang 'entah apa apa' ini telah mencapai sasaran 1 juta klik. Bangga juga rasa hati tapi tanpa bantuan rakan rakan dan pembaca, ianya tidak akan mejadi realiti.
Ikhlas dinyatakan bahawa jumlah 1 juta ini membuatkan wak rasa syok sendiri. Kalau hendak di bandingkan dengan Malaysiatoday, Malaysiakini, Newskini dan laman web dan blog lain, mungkin jumlah pencapaian ini dikira tercicir. Tapi pada wak, sudah cukup untuk setakat ini kerana duduk di garaj kereta dengan komputer yang tersenggut senggut jenama tahun 1996, masih mampu untuk memperolehi jumlah pembaca yang bukan mudah untuk diperolehi.
Kalau lah aku orang kaya, sudah pasti sudah kubuat satu jamuan untuk merayakan pencapaian ini, tapi nak beli susu anak pun termengah mengah maka cukup lah sekadar ucapan terima kaseh kepada semua pelayar blog No2umnO. Kepada yang ikhlas melayar, pelayar sekali sekali, yang tersilap tekan dan tersasar 'search', tak kira di mana anda kerjasama anda amat di hargai.
Kekadang airmata mahu mengalir bila mendapat layanan seperti ini, tapi bila wak lihat dicermin, bukannya air mata tapi hingus yang turun kerana cuaca tak bagus dan wak selsema ketika ini. Perasaan hiba tu ada, tapi untuk kata sedih itu nampak macam tipu sangat.
Semoga kita terus dapat bersama, bertukar tukar pandangan dan memanjang kan persahabatan untuk menghidupkan suasana ceria di dalam blog ini. Kepada pengunjung dan rakan rakan Warung Botox. terima kaseh kerana menceriakan hari hari wak di sini. Sekurang kurang dengan lalutan lalutan dan jeritan tanpa suara kalian dapat mengurangkan rasa kebosanan wak ketika melakukan updating. Kekadang tu bini wak pun bimbang sebab ketawa sendiri sehingga terkekeh kekeh. Pernah anak sendiri berbisik dengan ibunya "Abah tu sihat ke Ma?"
Kekadang bontot terasa kebas dan kemaluan terasa hilang akibat terlalu lama duduk dikerusi tapi kerana sambutan yang diberikan, semua itu tidak menjadi penghalang. Kepada mereka yang menyunting arikel dan memberikan kerjasama menyiarkan artikel dari blog ini, wak ucapkan terima kaseh tak terhingga dan kepada mereka yang tidak bersetuju dan memaki hamun di dalam ruangan komen, wak minta maaf membuat kalian teruja.
Semuga di sihatkan tubuh badan kita semua dan diluangkan lebih masa untuk kita bersama bagi masa masa yang akan datang. IsyaAllah dengan sambutan ini, memberikan semangat untuk wak cari wang bagi membayar terus bill internet. Kalau tiada update yang berlaku, tentu korang dah boleh agak kenapa.....
Salam persahabatan dan terima kaseh tidak terhingga ..... dari
Radenjowo
14 comments:
fardu kifayah nih Den, dalam arti kate lain, "sorang buat, lain xyah", kira "amar ma'aruf wa nahi munkar". Semoga die tingkat iman dan amal, d panjangkan dgn sihat tubuh badan, d murahkan rezeki yg diberkati ke anak cucu, Amin. (Dan kalau mampu di du'akan wak "kawin dua", muakakkaakkaka).
One more komen la macha! Kasi taruh itu atas lu punya bank account la (Maybank lagi bagus) kot ade org nak uloq bantuan - tambah server ke, ram ke, apo apo apo la heh (Ko bnyk, gi lancong ke "Gold Coast" ke, uii syiokkk tgk tv3 tunjuk "Tower of Terror" tuh, ek?)
wak.. tahniah.. saya adalah pembaca setia blok wak...
tahniah wak raden, no2umno mmg salah satu referesi aku..keep it up. kata adalah senjata!
hebat lah wakk..
wak brite balkis n khir toyo takder
citer kee..????
TOWER OF TERROR
TERSIRAP DARAH , AKU X BERANI NAIK DAH!!!!!!!
teruskan perjuangan wak...bangga saya jadi antara 1 juta tu..hehe :)
maap ya wak .. kalau komen saya ni terlalu objektif, lalu mengguris prasaan wak.
hits yg banyak tak banyak ertinya jika partisipasi peng-hit tidak menerujakan peng-hit utk meninggalkan [1] komen [2] chatting
ramai yg masuk sini sebab kat sini banyak LINK berita, setiap kali masuk 50 pembaca hit 20 link berita = 1000 hits. tapi hanya 50 unique visitors. jadi, hits dlm blog ni adalah hits yang diperbesar-besarkan. jadi, jumlah 1 juta tu taklah apa sangat. perkara yg sama pada chatbox, 50 online tapi hanya 2-3 orang chatting!
lebih afdal kalau, wak atau panel karyawan wak menulis sendiri berita yang sensasi, di mana pembaca turut ingin tinggalkan komen dan menyertai perbincangan.
sekali lagi wak, saya mohon maap .. tapi sy lebih sayangkan blog ini daripada mengampu di takok lama!
tahniah wak raden jowo walaupun beroperasi di garaj tapi tetap ummmp
AAA? APE?? Wak wat keje kt garage kete? SUWEEE kaye nih!!!
dari pengamatan saya, ada kuranglebih 70 pembaca tetap blog ni.
1 juta hit datang dari 70 orang yg memang setia baca blog ni. betul kata SS, harap wak jangan teruja sangat dgn hit.
yang lebih penting, ISI dan PEGISIAN PERJUANGAN. kurangkan menciplak karya org lain, dan tambahkan karya yang ORI. supaya biar pula karya wak atau team wak yg blogger lain ciplak.
satu lagi sy nak komen, janganlah wak jadikan blog ni tempat mencemuh, mengutuk dan menghentam tanpa KUALITI. lama kelamaan org akan muak dengan one-sided reporting dan bias yg wak pamerkan.
adakalanya sikap permusuhan yg melampau tu, mencerminkan hati yg kabur dan rabun terhadap kebenaran. janganlah pula kita tak suka BN, tapi perangai kita lebihkurang sama dengan mereka. tak ada maknanya kalau macam tu.
khatamul-bicara, saya sarankan wak dan team wak menjaga adab dalam reporting. semua ini akan ditanya di Padang Masyar nanti ...
Tahniah wak. Saya yakin wak buat kerja ni one man show. So, kira boleh kembangkan lubang idung untuk meraikan kejayaan yang hanya kita rasai nikmatnya, tul tak. Dan terima kasih juga kerana sudi pubish artikel saya yang menjadi salah satu punca trafik saya naik mendadak semalam. Teruskan perjuangan. Memandangkan hit dah juta2, boleh lah offer ruang untk jual iklan, mana tahu boleh support bayar streamyx.
salam...
tahniah utk wak...
tolah menajdi jutawan...
lopeh nie buleh belanjo air paip....
janji belanjo....
semogo dapek naik 100 juta lak wak...
kerano no2umno la den somangat nak ngundi aitu....
tahniah wak...
Tahniah raden, saya pemerhati dari luar sahaja. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi blogger dan memperolehi 1 juta hit. Biarpun 70 orang pembaca seperti yang dikatakan oleh karma, tapi saya kagum kerana 70 orang ni boleh klik sampai lebih 3600 klik satu hari.
Teruskan usaha kerana dengan blog no2umno ni sekurang kurangnya ada orang yang sedar bahawa banyak berita di dalam media arus perdana yang tidak betul. Saya ada blog sendiri. Sudah 3 tahun tapi hit saya cuma 7,346 sehingga hari ini. Saya akui bahawa untuk mendapatkan 1 juta klik bukan satu perkara yang mudah walaupun sudah cuba. Saya pernah kecewa tapi masih tak berubah. Kalau dah dapat 10,000 hit nanti saya akan minta raden siarkan blog saya....hehehe. Salam dan tahniah. Teruskan usaha.
Post a Comment