BHarian - [...] Ini adalah antara kesimpulan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video yang didakwa mengandungi perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim, yang mengadakan inkuiri selama 17 hari berakhir 15 Februari lalu.
Suruhanjaya itu, dalam laporannya, juga menyatakan keraguan terhadap keterangan Tengku Adnan dan Tan dalam inkuiri berkenaan kerana mereka sekadar menafikan pelbagai soalan daripada peguam yang mewakili pihak berkepentingan.
Hasil siasatan suruhanjaya itu juga jelas bercanggah dengan kenyataan Tengku Adnan dalam inkuiri itu yang menyebut: “Saya tiada kena mengena dengan pelantikan hakim”. Tan juga ketika memberi keterangan, mendakwa beliau tiada kaitan dengan pelantikan hakim.
Laporan suruhanjaya itu mendapati, peguam, Datuk VK Lingam, menyebut nama Tengku Adnan sebanyak 11 kali dalam rakaman klip video selama 14 minit itu, ketika bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan mencadangkan beberapa individu yang memberi keterangan dalam inkuiri berkenaan disiasat mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan >> selanjutnya
May 16, 2008
ADNAN DAN VINCENT TAN PENGARUHI PERLANTIKAN HAKIM
Labels: VK Lingam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment