KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 16, 2008

Sedekad berlalu, semua laung 'reformasi'

malaysiakini - [...] Walaupun PKM mempunyai agenda perjuangan yang suci iaitu untuk membebaskan Malaysia (Malaya) seratus peratus daripada penjajahan dan menegakkan keadilan sosial, oleh kerana tidak mendapat sokongan yang meluas daripada rakyat secara berterusan, akhirnya perlahan-lahan perjuangan tersebut menemui kegagalan.

Gerakan reformasi disokong oleh rakyat pelbagai latar belakang politik, sosial dan ekonomi - buruh, petani, nelayan, pekerja kerajaan, guru, pelajar dan ramai lagi. Ia juga melangkaui batasan kaum dan agama. Ada yang terlibat secara langsung dan ramai juga yang menyokong secara senyap-senyap.

Mereka inilah yang sebenarnya menjadi tunjang kekuatan gerakan reformasi. Mereka menyampaikan maklumat dari mulut ke mulut sehingga hegemoni media pemerintah yang mengawal maklumat terbarai.


Berita-berita yang disekat oleh media arus perdana sampai juga kepada rakyat, khususnya melalui internet, termasuk yang berada di kawasan luar bandar.

Golongan ini jugalah yang meramaikan demonstrasi-demonstrasi prodemokrasi yang dianjurkan. Mereka tidak takut walaupun berhadapan dengan pelbagai risiko seperti hilang pekerjaan, tangkapan polis dan macam-macam lagi.

Bongkar rasuah

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menang di beberapa negeri dalam pilihanraya yang lalu perlu sedar akan hakikat ini.

Kemenangan mereka kerana sokongan rakyat daripada pelbagai latar belakang. Mereka naik kerana rakyat mahukan reformasi; bukan kerana pemimpin atau parti politik semata-mata.

Rakyat telah muak dengan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 50 tahun.


Jika wakil-wakil Pakatan Rakyat turut melupakan agenda perjuangan reformasi, mereka juga akan kehilangan sokongan daripada rakyat dan tidak mustahil penguasaan di beberapa negeri akan hilang.>> selanjutnya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive