malaysiakini - Kerajaan membatalkan pasport pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) P Waythamoorthy, demikian Amnesty International (AI).
Waythamoorthy, yang kini tinggal di London bagi mengelak ditahan sejak Disember lalu, mencari suaka di Britain, kata pengarah AI yang beribupejabat di Washington, T Kumar kepada AFP.
"Beliau merancang untuk melawat Washington untuk menemui anggota Kongres Amerika, pemimpin AI dan kumpulan hak asasi manusia di negara itu," kata Kumar.
Waythamoorthy akan bercakap mengenai dakwaan diskriminasi dalam dasar-dasar kerajaan terhadap kaum India di Malaysia serta penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).>> selanjutnya
May 16, 2008
K'jaan batal pasport Waythamoorthy
Labels: Hindraf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment