zaharin - UMNO sekarang bukan berperang dengan musuh-musuh politiknya tetapi dia berperang sama sendiri. Laman-laman yang pro UMNO melanyak bukan sahaja blog yang anti UMNO atau yang tidak sekutu dengannya tetapi kini terlibat dengan melanyak dengan teruknya bekas Presiden partinya sendiri termasuk anak beranaknya.
Nampaknya hati nurani rakyat Malaysia tidak macam orang Indonesia. Bagaimanapun sengsaranya rakyat Indonesia di zaman pemerintahan Soeharto tetapi bila sampai ke peringkat kesihatan Soeharto tidak sesuai ke mahkamah untuk menghadapi berbagai tuduhan KKN- Korupsi, Kroni dan Nepotisme, mereka dengan penuh keinsafan memperlahankan serangan kepada beliau dan sebaliknya ada setengah pihak yang menuntut dia di ampun berdasarkan sumbangan yang diberikan kepada Indonesia .
Rakyat Indonesia sedar, jika Indonesia tidak di perintah secara diktator, Indonesia tidak berada sebagai sebuah negara yang maju dengan penduduknya berjumlah 220 juta itu. Tetapi semuanya runtuh kerana permainan Amerika dalam gawat ekonomi.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment