"KISAH YANG SEBENARNYA BENAR.
tranungkite - Ana baru pulang menghadiri debat agong "Tak akan melayu hilang di dunia, realiti atau fantasi"
Panel pendebat terdiri dari Yaakob Sapari, EXCO Kerajaan Selangor, Razali Ibrahim MP Muar, dan Dr Agus Yusof. Ia dianjurkan oleh UMNO Shaha Alam - sa free.org. Nawawi Md Zin, Salamon Selamat punya geng anjurkan - geng kalah. Yang seorang kalah kat Yaakob, seorang lagi kat Rodziah Ismail.
Geng UMNO gunakan debat ini untuk hentam Yaakob Sapari. Ada yang memekik melolong menuduh Pakatan Rakyat Selangor boneka DAP. Ada yang hentam projek babi. Ada yang bercakap macam India dan Cina perlu dinyahkan dari Malaysia. Ada yang bercakap macam tak pakai akal fikir.
Anjang Aki - Baharudin Omar pun bercakap macam pelakon tambahan yang tak laku, dia kena boo. Ada seorang lawyer betina bercakap macam budak derjah 3. Bukan main hebat dia lolong lalak hentam babi. Nak kata tak baca atau tak reti baca, dia lawyer. Apa kelas punya lawyer dah.
Cuma mereka ni tak pakai tanjak dan keris. Kalau ada mahu mungkin ada cina dan hindu yang kena rodok. Adalah dua tiga cina dan hindu yang tebal telinga datang tengok.
Semua panel ana patut puji, beri jawapan yang baik. Cuma tak syok sikit pada bekas kawan lama ana, MP Razali Ibrahim. Dia gunakan isu 13 Mei semacam satu ugutan kepada bangsa cina.
Ringkasnya, UMNO masih tidur dari realitas politik semasa.
Yang ana nak kisahkan ni, ana terjumpa sahabat serumah sewaktu waktu dahulu, Lokman Nor Adam, bekas reformis yang dah masuk kekampus UMNO.
Lama tak jumpa, salam tangan, siap peluk lagi. Ex reformis Lokman, wuihhh, segak sungguh, layak seganding para elitas UMNO. Lupa nak tanya main golf handicap berapa.
Ana terus tanya pasal Mat Ezam. Ana jolok Lokman sikit.
Man, dulu Ezam buang kamu dari AMK kenapa?? Lokman terus jawab.
"SEBENARNYA EZAM KEPALA GENG 12. DIA DAH RANCANG NAK MASUK UMNO. BILA SAYA TAHU RAHSIA, DIA PUSING CERITA DAN TUDUH SAYA. DIA BUANG SAYA".
Oh, begitu rupanya. Jadi Ezam dah lama dah nak jual perjuangan dia. Bila dia tahu rahsianya dalam genggaman Lokman, maka jalan escapisma di cari. Dia cari sebab yang membolehkan dia keluar dari perjuangan reformasi.
Dia cipta GERAK untuk memberi gambaran baru bagi dirinya. Setelah beberapa tahun dia berlegar-legar di kaki lima arus politik sebenar, dia kini dah isi borang untuk masuk dalam kampus UMNO.
Ana membuat andaian, Ezam bukan membawa kotak rahsia Leader universal, tetapi kotak maklumat yang dia dapati hasil perjalanan dan rambu ramba nya dengan pemimpin-pemimpin PAS.
Ana dapat lihat di pertemuan singkat ini, lebih baik jadi Lokman Nor Adam dari jadi Mat Ezam.
Cuma yang masih bermain dalam benak ana, mengapa ex reformis Lokman memilih UMNO terlebih dahulu dari Ezam. Baru tadi ana dapat logiknya. Lokman memang berdarah politik seratus peratus darah melayu tulen, nasionalis. PAS bukan tempat dia, PKR dan tentu tidak. Maka jadilah dia seluang yang jauh melaut akhirnya ke pantai lama.
Di akhir pertemuan Lokman tanya ana. You macamana? Macam apa? Politik lah.
Ana jawab, "LAWAN TETAP LAWAN, KAWAN TETAP KAWAN", sambil minta diri dan berlalu kerana perut dah lapar dan ada appointment di kedai mamak dengan beberapa sahabat reformis.
Terlupa ana. Seorang lagi yang ana jumpa, sicantik lawa. Cun habis rupanya Tipah ni. Dia bagi ana kartu selfon @ callcard! Bila ana tengok wajah dia, ana rasa kecik sungguh sebab dia ni dah dapat degree dar Hardknock University - masuk jel acapkali.
Nora Reformis, sekuntum mawar merah untuk mu. Salam reformasi.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment