KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 7, 2008

Syed Anwar dilantik Pengerusi Mais

bernama - Tokoh Korporat terkenal, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dilantik Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dilantik Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Isa dalam satu kenyataan akhbar semalam, berkata pelantikan itu diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Syed Anwar, adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, Eon Capital Berhad dan Cahaya Mata Sarawak Berhad selain pernah dilantik Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS sedia ada, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datin Zauyah Be T Loth Khan.

Turut menganggotai lembaga itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hailani Muji Tahir; bekas Akauntan Negara dan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airport Holdings Berhad, Datuk Maslamah Osman dan Bendahari Universiti Industri Selangor (Unisel), Siti Fatimah Jalal.

Selain itu, Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk Dr Abd Monir Yaacob dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Badariah Hassan.

2 comments:

mangchikla said...

Mengapa tak dilantik dari kalangan Ulama utk jwtn ini?

Anonymous said...

betul tu mangchik .... gua ingat macam ada yang tak kena aje. Gua ada dengar jugak yang MAIS di kawal oleh orang lain dan bukan EXCO Hassan Ali. Ntah...kita tengok kan apa yang berlaku lepas ni.

Posting terkini

Blog Archive