Alllaaaaahhhhaiiiii... geli geleman aku dengar tajuk berita ni .... Sebut aje Adik Noh Omar ape de hal? Aku ingat tak der layanan istimewa kalau menteri pun. Tapi sembunyi sembunyi konon. Apa yang ditakutkan dek wartawan dan editor media perdana ni. Macam bukan jantan je.
Diperintah bela diri - Kes adik menteri edar ganja
Utumeloya - Adik kepada seorang menteri yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd. Jusnaidi Omar, 36. Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh.
"Selepas meneliti penggulungan hujah kedua-dua pihak, mahkamah membuat keputusan supaya tertuduh dipanggil membela diri," kata Hakim Chin.
Tertuduh, Mohd. Jusnaidi Omar, 36, diwakili dua peguam bela, Zahir Hussein Ahmad Shah dan Hamid Ismail, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim bersama Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.
Kes ini mula dibicarakan pada 26 Mei lalu dan pihak pendakwa telah memanggil 13 orang saksi.
Bagi tuduhan pertama, Mohd. Jusnaidi (gambar) yang beralamat di No 211, Blok 37, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor didakwa mengedar dadah ganja seberat 1,011.04 gram di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment