KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 6, 2008

Nak Letak Atau Nak Kena Tolak?

sangkelembai

(...) Kalau di Indonesia, Bambang Trihajmodjo atau Tommy di persetujui terima pakai sebagai “Maskot” krisis kewangan, begitu juga di Malaysia bahawa yang sesuai dijadikan maskot bukan satu seperti di Indonesia sebalik Malaysia punya dua maskot dalam krisis keyakinan sekarang ia itu anaknya “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang tiga kali menyebut “Saya ada di sini” bernama Kamaludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dalam Kerajaan Tiga Beranaknya.

Dua maskot ini penyebab utama kekalahan UMNO/Barisan di PRU yang baru lalu. Sekarang ini dalam keadaan politik haru biru kedua mereka masih lagi berusaha mencari keuntungan perniagaan dan yang terbaharu pembelian kapal terbang untuk MAS yang sudah pasti akan persamaan dengan pembelian Air Bas dahulu di mana pembekalnya lebih banyak berunding dengan Kamalludin Abdullah di London dari Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Mas. Dan sekarang berapa lagi juta komisen yang akan diterima atas pembelian yang berharga 4 billion USD oleh keluarga Abdullah Hj Ahmad dan pergilah periksa siapa pengarah dalam syarikat Penerbangan Malaysia Berhad dan hubungan dengan Kamalludin Hj Ahmad.

Khabarnya tidak juga kurang dengan pembelian kapal selam. Dan juga jangan lupa bahawa Kamalludin Abdullah mempunyai kepentingan yang besar dalam Air Asia tetapi monyet-monyet macam Pahamin itu boleh menjadi “puppet” maka dia tidak akan bercerita benar. Itu sebab sehingga sekarang ganti rugi laluan MAS kepada AIR ASIA masih tidak berbayar lagi. Agaknya orang yang bijaksana dalam hal ialah bekas Menteri Pengangkutan - Chong Koy Choy. Itu sebab dia tidak didakwa dalam kes Port Klang Free Trade Zone kerana “sendiri mahu tahulah”

Abdullah Hj Ahmad tidak mahu meletakan jawatan bukan hendak membetulkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi demi kepentingan perniagaan anak dan menantunya. Banyak penyakit yang “package” akan diketahui jika dia berhenti sekarang, maka terpaksalah menjadi Perdana Menteri dengan mengikut telunjuk anaknya. Khabarnya anak dan menantunyalah yang menahan dia meletakan jawatan berbeza dengan Tun Hussein Onn yang terpaksa meletakan kerana desakan anak dan menantu kerana memikirkan kesihatan Tun Hussein Onn.

Ada orang membela Abdullah Hj Ahmad dengan mengatakan kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed tidak diminta meletakan jawatan pada PRU 1999 yang menunjukkan kekalahan bertambah satu negeri selepas Kelantan? Kalau baca kenyataan dua tiga orang dalam akbar Berita Harian terserlah “bangangnya”dalam loghat Negeri Sembilan yang bermaksud baik sikit pada tolol dan bawah sedikit pada bodoh.

Isu PRU 1999 ialah menghadapi dua krisis besar, pemecatan Anwar Ibrahim dan kemudian di lebam matanya oleh Polis dan kegawatan ekonomi. Tidak seperti PRU 2008, tidak ada mata siapa yang lebam dan ekonomi keseluruhan dalam tahap yang baik tetapi kenapa kalah?

Sebabnya kebencian yang amat sangat kepada Abdullah Hj Ahmad, bukan sahaja orang Melayu, Cina dan India kecuali dayak - dayak di Serawak dan Bajau dan Kadazan di Sabah yang terkenal dengan nilai RM50 nya tetapi ialah orang UMNO sendiri yang tidak mengundi calon-calon UMNO.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive