Ahli Umno sabotaj 22 DUN, 14 ParlimenPak Lah cuba menyalahkan ahli UMNO kerana tidak menyokong. Hakikatnya ahli UMNO kecewa kerana calun yang dipilih lebih kepada mengikut selera menantunya, Khairy Jamaluddin. Ramai yang memprotes ketika senarai diumumkan tetapi tidak mendapat tindak balas. Ada antara Menteri besar UMNO yang turut lepas tangan, menjaga periuk nasi masing masing. Kehampaan ahli UMNO pulang tanpa sebarang hasil, telah membawa kepada keputusan untuk memboikot calun yang diletakkan. Dan kini, akibat semua ini, Pak Lah terus menyerang ahli UMNO yang memboikot undian dan mereka yang berpaling tadah. Siasatan akan dibuat dan yang berpaling tadah akan dikenakan tindakan.
Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, tewas di 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu kerana perbuatan sabotaj ahli Umno sendiri.
Ketika mendedahkan demikan, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jika tidak, BN dapat mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Barisan Nasional mendapat 140 kerusi parlimen - kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Umno tewas 31 kerusi parlimen apabila hanya mampu mempertahankan 78 daripada 109 kerusi parlimen yang dimenanginya pada 2004.
Menurut Abdullah lalu, jika tida berlaku sabotaj oleh ahli-ahli Umno di 22 kerusi DUN tersebut, BN tidak akan kalah di Kedah dan Perak.
Menurutnya, semua kerusi parlimen dan DUN terbabit merupakan "kawasan putih" dan BN tidak menghadapi masalah untuk memenanginya, jika tidak berlaku perbuatan sabotaj tersebut. - Malaysiakini
Sebelum salahkan orang lain, muhasabah diri dan akui lah kelemahan sendiri. Ia lebih baik dari menjerit jerit menyalahkan orang lain. Apa pun yang Pak lah katakan, semua orang dah tak mahu pasang telinga. Semuanya salah Pak Lah dan pemimpin yang angguk geleng mengikut mengikut budaya kuno UMNO.
0 comments:
Post a Comment