B. Hairan
KUALA TERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu yakin dapat menyelesaikan kes membabitkan kain rentang berbaur hasutan berhubung isu pelantikan Menteri Besar Terengganu 16 Mac lalu, apabila dua suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes itu, menyerah diri di Balai Polis Kampung Raja, Besut, pagi semalam.
Kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30 tahun dari Besut itu menyerah diri kira-kira jam 8.30 pagi apabila mengetahui mereka dikehendaki polis berhubung kes kain rentang berbaur hasutan `Kami Nak Derih Natang' di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman, di sini 16 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata mereka ialah seorang pemandu lori dari Kampung Gertak Setarus, Besut berusia 20-an dan seorang pemuda juga penganggur dari Kampung Tok Sabah, Kuala Besut. more...
No2umnO - Polis serius atau berlakun? Tunggu je la...
NAK BLOCK BUAT APA.
19 minutes ago
1 comments:
what about 'kain rentang menghina islam' with bendera pas on the back of a pig and sickening words 'pegi jahanam dengan....*****". (i dont dare to even write it) Is the police gonna do something about that?
Post a Comment