KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 6, 2008

Taib Mahmud asyik membayangkan .....

Radenjowo
Ini lah saki baki kepimpinan yang ada kat Malaysia. Boleh tersenarai bersama, Samy Vellu, Pak Lah .... Mahathir walaupun dah tak bergelar PM dan beberapa orang lain. Kalau nak pecah rekod pun boleh. Rekod harta terbanyak.

Lahir pada 21 May 1936, Anak saudara kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Yaakub Taib Mahmud. Sudah berada di tampuk kekayaan, kekuasaan dan kemewahan sejak 1981. Bemakna sudah 27 tahun.

Pelbagai lapuran salahguna kuasa dan rasuah ke atas beliau. Kebanyakan kes membabitkan soal tanah, wang dan balak. Juga pernah di babitkan dengan kaitan gerombolan SAMSENG yang banyak di Sarawak. ISu baru baru ini telah tertutup kerana PRU12. Hari ini kakek ini bercerita tentang BAYANGAN untuk meletakkan jawatan.

Menurutnya, "Cucu saya panggil saya nenenda, anak-anak saya memanggil saya ayahanda. Itu membuatkan saya sedar saya semakin tua dan ia adalah masa untuk saya berundur daripada politik,"
Mei ini genap umur beliau 72 tahun, pernah di hantar ke hospital kerana sakit kronik tetapi kembali pulih.

Di dalam ucapannya pada jamuan meraikan kemenangan, Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata hampir 90 peratus penduduk di situ miskin pada tahun 1970 ketika beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
"Pada masa itu sesiapa yang mempunyai 10 helai baju sudah dikira sangat kaya. Jadi perjuangan kami ketika itu sangat jelas iaitu kami perlu mengubah kehidupan rakyat supaya boleh menikmati faedah kemerdekaan," katanya.

Jelasnya lagi, "Pada masa itu apabila kami berkempen pada pilihan raya, kami terpaksa berjalan kaki, tapi kini ia lebih mudah kerana anda boleh menggunakan kenderaan kerana kebanyakan kawasan mempunyai hubungan jalan raya,"
Ini lah demokrasi Malaysia, membenarkan manusia sebegini menjadi pemimpin. Apa yang tiada pada beliau? Semua dah ada, cuma rumah kata pergi, kubur kata mari. Kalau ada lah pemimpin sebegini di Malaysia, hancur negara. Berita kata rakyat mewah, tapi siapa sebenarnya yang mewah? Kalau pemimpin kata Merdeka, siapa yang sebenarnya merdeka?

Kalau asyik nak bayangkan untuk berundur, sampai bila pun tak berundur. Tapi melalui demokrasi ..... alasan mereka, majoriti rakyat sokong. Maka terus jadi pemimpin. Tipu atau tidak, itu mereka tahu, tapi buat buat tak tahu. Apa yang kita tahu, Sarawak sempadan kepada Indonesia, Kalimantan. Maka tak hairan kalau setiap kali pilihanraya, tahun Melawat Sarawak pun bermula. Tapi melawat untuk satu hari sahaja, yakni hari mengundi.

Bantai lah mamat, kau jawab lah nanti. Apa nak bayang bayang, kalau nak tongkat langit, tongkat lah selagi mampu.

Rujuk juga:
Malaysia Today: MT-Loony Malaysia: How much is Taib Mahmud worth?
Wood carriers allegedly hid 1.1 billion yen income
The Borneo Project : Sarawak Penan Association: We Blockade to Stop Encroachments on Ancestral Lands

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive