KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 6, 2008

400,000 rakyat tidak bekerja

B/Hairan - Kementerian Sumber Manusia mendapati lebih 400,000 rakyat negara ini yang tidak mempunyai pekerjaan walaupun ada kira-kira dua juta pekerja asing mencari nafkah secara sah di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kementerian itu tidak mempunyai data mengenai latar belakang pendidikan, peringkat umur, pecahan mengikut jantina atau bidang pengkhususan rakyat tempatan yang menganggur.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Sumber Manusia mahu menyelesaikan masalah berkenaan dengan menyediakan lebih banyak latihan kemahiran terutama dalam industri perkhidmatan.

Beliau berkata, 60 peratus peluang pekerjaan sekarang adalah dalam bidang perkhidmatan seperti industri hospitaliti, pelancongan dan penyediaan serta penjualan makanan.

"Daripada 400,000 penganggur ini, hanya 40,000 berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia dan separuh daripada mereka adalah graduan diploma atau ijazah. more...

1 comments:

Anonymous said...

"SEMUA MESTI BEKERJA". Saya ingin mencadangkan bahawa kerajaan mewajibkan warganegara MALAYSIA yang berumur 18 tahun dan keatas untuk wajib bekerja di sektor awam atau tentera atau polis. Pengecualian hanya kepada yang cacat. Tindakan undang2 akan dikenakan kepada yang ingkar.

Posting terkini

Blog Archive