Agendoldaily - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang selama ini mengambil sikap berdiam diri di atas serangan yang dibuat oleh bekas bosnya Tun Dr. Mahathir Mohamad hari Ahad pertama kali membuat kejutan dengan ‘menyerang’ balik Dr. Mahathir. Katanya, beliau yang dikatakan terlalu berkuasa sehingga ahli kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak berani bersuara tetapi pada hakikatnya di zaman Dr. Mahathir pelbagai sekatan dan arahan dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.
“Kononnya zaman saya tidak ada kebebasan semua orang takut tapi depa kata saya lembik tapi orang takut kat si lembik seolah-olah dalam kabinet bodoh belaka khairy seorang yang pandai yang menentukan segala-galanya. “Tuduhan-tuduhan yang tidak ada batas… hentam begitu sahaj. Apakah pada masa dulu tidak ada sekatan-sekatan tertentu… bila Dr. Mahahtir mengambil alih jawatan dari Tun Hussein saya tahu reporter semua dipanggil jangan beri berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein. Operasi lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu bukan saya tak tahu," katanya pada sidang media selepas majlis Penerangan Presiden di PWTC. Menjawab satu soalan sama ada Perdana Menteri akan membuka fail dalam beberapa kes yang dibangkitkan berkaitan Dr. Mahathir semasa berkuasa dahulu, Abdullah berkata, beliau bukan jenis yang akan membuka fail tentang seseorang tetapi menyerahkan kepada agensi yang terbabit untuk mengambil tindakan sekiranya didapati ada kesalahan yang dilakukan.
Rujuk
Abdullah jawab tuduhan Dr. Mahathir 2:19pm
KUALA LUMPUR 6 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab segala tuduhan yang dilemparkan Tun Dr. Mahathir Mohamad kepadanya sejak kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu....
NAK BLOCK BUAT APA.
33 minutes ago
0 comments:
Post a Comment