msomelayu
“Kalau mahu tahu politik Sabah, tanya saya!,” begitulah muqadimahnya seakan sudah merasai tujuan saya mencarinya di kedai makannya itu.
Sumber sahih
Memang dialah paling layak berceritakan mengenai politik Sabah. Musli mengetahui dari luar hingga ke dalam mengenai politik Sabah serta karektor tokoh-tokohnya. Maklumat yang beliau perolehi bukan dari tepi jalan tetapi sumber yang sahih atau dialami sendiri. Kalau denyut nadi politik Kelantan berada dalam tangan saya, maka denyut nadi politik Sabah berada dalam tangan Musli.
Dalam banyak cerita ada dua tiga perkara yang menarik perhati dan benar-benar merujakan minda saya. Antaranya ialah mengenai senario Umno Sabah hari ini yang baginya dalam keadaan haru biru dan goncang. Saya kurang faham mulanya apa maksud beliau itu.
Menurut Musli ahli Parlimen Sabah sekarang ini dalam keadaan siap sedia untuk menyertai Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim. Sebaik Anwar Ibrahim angkat sumpah menjadi ahli Parlimen semua mereka akan bersama Anwar.
Merinding bulu roma saya apabila Musli mengatakan begitu. Saya kruang yakin ingatkan beliau seloroh. “Takkan begitu sekali?” tekan saya inginkan kepastian. “Iya ustaz, tengoklah nanti. Semua mereka menanti masa sahaja untuk meninggalkan Umno dan bersama Anwar,” katanya serius.
“Kan sudah diselesiakan?”, tukas saya tidak puas hati.
“Mana selesai ustaz, keadaannya bahkan semakin celaru lagi,” tekannya. (Musli memanggil saya ustaz).
Saya tidak faham kenapa kalau kejadian itu akan berlaku. Memang di Semanjung sudah terdengar berita kononya ahli Parlimen Sabah akan bersama pembangkang (Anwar) untuk menumbangkan kerajaan BN. Tetapi tidak mengerti sebab dan alasannya. Saya kurang percaya dengan apa yang diceritakan mengenai Sabah di Kuala Lumpur itu. Al maklumlah banyak gimik politik yang hanya sedap di telinga saja namun realitinya pahit. more....
NAK BLOCK BUAT APA.
26 minutes ago
0 comments:
Post a Comment