Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang ke Sabah dan Sarawak, tidak lama selepas lawatan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menguatkan lagi spekulasi awal bahawa wujud keresahan politik dalam kalangan ahli parlimen BN. "Insya Allah saya akan ke sana dalam masa terdekat," katanya hari ini, menjawab pertanyaan seorang pengunjung blognya kelmarin.
Pengunjung itu yang dikenali Datuk Halik Zaman mengharapkan "amanat yang segar" daripada bekas timbalan perdana menteri itu kepada barisan pemimpin PKR Sabah yang, menurutnya, "kurang arif dengan istilah 'hikmah muafakat' dalam PKR."
"Agar tidak ada lagi orang-orang Sabah berani menulis poster dengan tulisan PKRS (Parti Keadilan Rakyat Sabah)," tulis pengunjung itu 3 April.
"(Keadaan) ini mungkin kerana sebilangan pemimpin parti masih ada lagi kurang arif tentang istilah PKR," katanya lagi, "lalu mengadakan 'jurang perbezaan antara Sabah dan Semenanjung' maka timbullah PKRS."
Anwar menambah, melalui coretan ringkas di blognya, banyak liputan media menyatakan beliau ke Kota Kinabalu dan Kuching sesudah pilihanraya umum ke-12.
"Walhal saya belum pun ke sana. (ketawa) Siapa gerangan pelanduk dua serupa?" katanya. more...
KARMA AKIBAT FITNAH WALAUN.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment