KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 6, 2008

WAJAH & NOTA: Umno dilanda gelombang perpecahan ketiga

mstar.com.my
TIDAK dapat dinafikan ujian pascapilihan raya umum 1969 berulang dalam Umno.
Sejak keputusan pilihan raya umum yang ke-12 sebulan lalu, Umno terus berhadapan dengan ujian demi ujian pascapilihan raya umum, yang kelihatan paling hebat berbanding 39 tahun yang lalu.

Hampir setiap hari kritikan, kecaman, pandangan dan saranan diketengahkan untuk memperkukuhkan Umno selaku parti komponen dominan dalam Barisan Nasional (BN).

Umno pernah berhadapan dengan krisis dalaman selepas keputusan pilihan raya umum 1969. Ia diperkukuhkan dengan strategi dalaman ketika segelintir ahli Umno termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendesak Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj supaya meletakkan jawatan sebagai langkah memikul tanggungjawab atas prestasi buruk Umno dan BN ketika itu.

Hari ini suasana yang hampir sama berulang. Ketika ada pihak yang mendesak supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, terdapat juga kumpulan yang mendesak diadakan Perhimpunan Agung Khas Umno bagi membincangkan strategi menyusun semula dan memperkukuhkan Umno.

Umno Bahagian Gua Musang meluluskan usul tersebut kelmarin. Bahagian itu juga menyifatkan Umno berada dalam keadaan darurat.

Selepas pilihan raya 1969, Umno buat pertama kali telah berhadapan dengan krisis besar iaitu pada tahun 1988 – keputusan mahkamah ekoran pemilihan parti kira-kira setahun sebelum itu.

Pemilihan parti pada tahun 1987 membawa kepada pecahan paling serius dalam Umno. Pecahan ini secara langsung membawa kepada kewujudan parti serpihan – Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar Dr. Mahathir bagi jawatan nombor satu.

Tun Musa Hitam, timbalan kepada Dr. Mahathir melepaskan jawatan pada 1986. Detik-detik ini telah melemahkan Umno, yang disaksikan dengan trend sokongan dalam pilihan raya umum tahun 1990. Cabaran gandingan Tengku Razaleigh dan Musa mencabar kepimpinan Dr. Mahathir merupakan antara perkembangan yang telah melemahkan Umno pada tahun-tahun berikutnya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive