Bernama - Tindakan disiplin akan diambil terhadap anggota Umno di 14 kawasan Parlimen dan 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mensabotaj Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas, kata Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah, yang juga Perdana Menteri berkata kawasan-kawasan Parlimen dan DUN itu dikenalpasti sebagai kawasan putih, yang mana BN boleh menang, tetapi akibat perbuatan mereka, BN mengalami kekalahan.
Jika tidak berlaku perbuatan yang menjejaskan kemenangan BN di 14 kawasan Parlimen itu, BN sepatutnya memenangi pilihan raya umum lepas dengan majoriti lebih dua pertiga, katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penerangan bersama Presiden Umno yang dihadiri oleh jentera penerangan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari Ahad.
Abdullah berkata BN juga sepatutnya tidak kehilangan Kedah dan Perak jika sabotaj terhadap BN tidak berlaku di 22 kawasan DUN ini.
Ditanya mengapa ada anggota mensabotaj calon daripada parti sendiri, beliau enggan mengulas lanjut.
Baca: Sabotaj punca BN kalah di Perak, Kedah
No2umnO - Melayu sabotaj UMNO, kena tindakan.....Melayu sabotaj Sultan, macam mana nak buat?
Apr 6, 2008
Tindakan Disiplin Akan Diambil Ke Atas Anggota Umno Yang Sabotaj BN Pada P/raya Umum Lepas
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment