KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

PANGGILAN DARI BLOGGER YANG 'KONAR BARING'

Panggilan dari Sang Kelembai
Roslan sms
Saya baru menerima panggilan dari rakan saya yang baru "konar baring" Sang Kelembai. Ternyata beliau tidak senang dengan tulisan saya (yang dipetik pula oleh
Harakahdaily). Tetapi untuk beliau memanggil saya, menunjukkan yang beliau masih menganggap saya sebagai kawan dan saya pun memang tidak ada masalah dengan peribadi beliau, seorang yang cepat mesra dan pelawak, tetapi sudah pastilah saya tidak dapat menerima sikap "konar baringnya" yang terbaru ini.

Beliau tidak memarahi saya cuma mengadu yang ramai kawan-kawan tidak memahami "konar baringnya" itu. Saya pun tak menyalahkan kawan-kawan sebab sejak beliau dipecat dari Umno oleh Dollah, serangan dan krtikkan tajam, sinis dan pedas beliau terdapa Dollah dan suku sakat seolah membayangkan yang beliau telah berkerat rotan dan berpatah arang sama-sekali dengan Dollah. Kalau yang kasar dikalangan kita pun sekadar mengumpakan Dollah sebagai PM yang "lembik" dan kaki tidur, tetapi bagi Sang Kelembai, bahasa itu terlalu sopan bagi beliau.

Apa yang tidak dihumbankannya terhadap Dollah, anak-isteri dan kaum kerabat, sehinggakan solat Dollah sebagai imam pun dikatakan tidak sah atas sebab-sebab peribadi Dollah yang saya sendiri tidak tergamak menulis di sini.

Kerana itu bila beliau "konar baring" sudah pastilah kawan-kawan marah dan menyumpah.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive