KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

Bapa Azreen hargai usaha Husam, Alex pertemukan anaknya

Harakahdaily - Bapa Che Siti Nor Azreen, Che Ishak Che Kob bersyukur kepada Allah apabila seorang warga Malaysia yang berbangsa Cina, Alex Ong dari Kelantan hampir pasti akan mempertemukan anaknya yang hilang sejak bulan Disember lalu.

ImageSebelum ini akhbar melaporkan Azreen dibawa lari oleh seorang warga Indonesia, Toni Wijaya atau Supardi yang bekerja di ladang tempat keluarga Azreen menetap di Kampung Ulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

Che Ishak yang ditemui di rumahnya pagi tadi memberitahu, Alex melalui Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat dan Kijang Care menghubunginya beberapa hari selepas membaca isu kehilangan anaknya ke Indonesia dan bersungguh untuk mencari Azreen di Lombok Timur.

Turut serta dalam pertemuan antara Alex dan Che Ishak di Rantau pagi tadi ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

ImageUntuk maklumat, Kijang Care adalah sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa.

Bercakap lanjut menegani penemuan Azreen, Che Ishak berkata, selepas empat hari pencarian dibuat, Alex akhirnya menelefonnya pada Sabtu lalu untuk memberitahu khabar gembira bahawa Azreen telah ditemui.

"Masa Alex telefon saya, waktu tu lepas Isyak, dia kata dah jumpa Azreen melalui kawannya di Lombok, hati saya berasa lapang, bersyukur ada pihak yang sudi membantu saya walaupun saya tidak pernah kenal dengan Alex ini.

"Alex ada memberitahu saya bahawa mula-mulanya, dia agak buntu pada permulaan pencarian apabila klu yang diperolehinya sukar menemukan lokasi Azreen, akhirnya Alex memberitahu saya dia ada menelefon Dato' Husam (Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa) dan meminta Husam berdoa agar usaha menemui kejayaan,

"Beberapa hari selepas itu, akhirnya Alex memberi khabar gembira kepada saya Sabtu lalu, lapang dada saya apabila mengetahui hal itu ... more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive