KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

80 % motosikal di Pulau Rupat guna plat Melaka

Percayakah anda bahawa 80 peratus motosikal yang digunakan oleh penduduk di Pulau Rupat, Riau dekat Sumatera, Indonesia menggunakan plat pendaftaran Melaka?

Motosikal-motosikal yang dipercayai kenderaan curi itu dibeli oleh penduduk tempatan dengan harga RM200 hingga RM300 dan mereka masih mengekalkan nombor plat Melaka bermula huruf M.

Kesemuanya dipercayai diseludup oleh sindiket yang mengangkutnya dari Melaka ke pulau itu menggunakan bot dan dipercayai turut melibatkan motosikal curi dari negeri lain.

Ia terbongkar ekoran Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim yang melihat sendiri banyak motosikal yang bernombor plat Melaka, bebas bergerak di jalan-jalan di Pulau Rupat dalam lawatannya ke pulau itu Disember lalu.

Zainal Abidin memberitahu, berikutan itu beliau mengarahkan empat pegawai pergi ke Pulau Rupat untuk menjalankan siasatan mengenainya.

Menurutnya, hasil siasatan melalui bukti-bukti gambar yang dirakamkan oleh pegawai terbabit mendapati 80 peratus motosikal di pulau itu menggunakan nombor pendaftaran Melaka.

“Motosikal curi itu dibawa masuk ke Pulau Rupat oleh sindiket melalui kawasan belukar di Jeti Kuala Linggi, Alor Gajah. Kami telah tangkap empat orang baru-baru ini dan selesaikan banyak kes curi motosikal,” katanya di sini semalam. - Utusan loyar

No2umnO - Mudahnya. Adakah pembabitan orang dalam di dalam hal ini? Bila rasuah jadi budaya, apa apa pun boleh jadi. Dari daratan ke tepian pantai dan sekarang motor Malaysia sudah barada di luar negara.....Itu motor dan tak mustahil anak dara kita pun akan kesana selepas ini. Mungkin sudah ada pun ......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive