Khuatir ada ahli sabotaj rakanNo2umnO - Perbincangan yang melibatkan UMNO ni cukup menarik. Bila dah kalah, UMNO tuding cari. Nak cari pasal, siapa yang jadi punca. Menariknya, Pak Lah tak ngaku yang menantunya menjadi alasan kekalahan. Lantas di tudingnya jari pada semua orang di bawah. Alasannya, Ahli UMNO sabotaj. Bila jari sudah dituding, maka pemimpin bawahan pun sibuk lah keluarkan amaran dan tunjukkan kononnya mereka bertindak sama memerangi musuh dalam selimut.
Metro - Umno Selangor khuatir ada kemungkinan ahli Umno negeri itu ‘mensabotaj’ rakan mereka dalam parti selepas pucuk pimpinan mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan menyeluruh bakal dibuat untuk mengesan pembelot yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya Umum (PRU) lalu.
Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Abdul Rahman Palil berkata kekhuatiran itu berasas kerana ada kemungkinan ahli parti sengaja membuat laporan palsu terhadap ahli lain atas kepentingan diri sendiri.
“Ada kemungkinan ahli terbabit membuat laporan palsu kerana rasa tidak puas hati terhadap ahli lain atau kerana perselisihan faham sesama sendiri sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.
“Jadi, Umno Selangor berharap, siasatan untuk mengenal-pasti ahli yang mensabotaj BN perlu dilakukan secara terperinci bagi memastikan tiada ahli Umno yang teraniaya atau dianiaya,” katanya, di sini, semalam.
Beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang ke-29, di Dewan Datuk Ahmad Razali, Kapar. more...
Ramai yang tidak perasan sekarang ini bahawa ahli UMNO yang lain sudah kecoh, bimbang di labelkan sebagai dalang kekalahan. Musuh utama tidak dipersalahkan dan sekarang rasa takut ini menular ke bawah.
Mungkin ini lah sebab aku tidak menjadi ahli UMNO sepanjang hayat. UMNO dah rosak dan budaya seperti ini sudah sebati. Takut, potong line, hasut, samseng, ganas, lucah, bunuh kawan, cantas sana dan cantas sini memang akan berlaku di dalam UMNO. Nak tunjuk pandai tak boleh, nak tunjuk bodoh pula takkan naik dan akhirnya usaha mencari dalang ini akan menyebabkan UMNO terus hancur dan berkubur. Mungkin Dollah Badawi dilahirkan untuk merosakkan UMNO. Sepatutnya Pakatan rakyat bersyukur dengan adanya Pak lah. Sekurang kurangnya Demokrasi kita berjalan sedikit baik dari sebelum ini. Alhamdullillah.
0 comments:
Post a Comment