Orang tua kata .... 'Untung Sabut timbul, untung batu tenggelam.'
Dan kita tahu bahawa sifat azali 'sabut' adalah ringan kerana terdapat ruangan udara di dalamnya. Menyebabkan ianya mudah untuk timbul di persekitaran takungan air dan ruangan udara seperti itu tidak terdapat di dalam batu sehingga menyebabkan batu pula mudah untuk tenggelam.
Apa yang cuba di sampai kan di dalam bidalan atau perumpaan itu adalah, batu untung kalau tenggelam dan sabut untung kalau timbul.
Jika Sabut tenggelam atau batu timbul ... ianya di kira tidak bernasib baik. Dan sekiranya terdapat dua perkara pelik itu ... terutama BATU YANG TIMBUL ... maka ia mungkin sukar di perolehi sehingga boleh di buat ubat.
Apa yang cuba wak sampai adalah, pada 8hb October yang lepas, Malaysiakini, website yang terkenal dengan berita politik tanah air telah menyiarkan berita tentang batu ...
Tajuknya .... Batu terapung boleh sembuh penyakit.
Patutnya cerita seperti di atas di masukkan di dalam ruangan cerita majalah MASTIKA.
Dan yang pasti, berita tersebut di siarkan pada selang sehari sebelum kenyataan di buat oleh Pak Lah tentang keenganannya untuk mempertahankan kerusi Presiden UMNO pada Mac akan datang.
Mungkin kah ada message yang ingin di sampai kan atau memang hari itu terlalu kurang berita sehingga Malaysiakini terpaksa memasukkan berita tersebut untuk santapan pelayar website terkenal itu.
Seterusnya korang pikir sendiri.
Wak saja nak bagi korang pikir .... sebab wak dah malas nak pikir. Sampai hari ini wak masih bingung. Bukan pasal batu, tapi tentang perubahan Malaysiakini.
Kalau korang nak imej imej pelik tentang batu ... KLIK
Batu bergerak sendiri ..... SINI
Batu yang seimbang ... SINI
Batu menjadi pemimpin .... SINI
Oct 9, 2008
Malaysiakini tiba tiba jadi pelik
Labels: Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment