harakah | ...Dato' Seri Azalina Othman Said berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai data projek tersebut bagi menjelaskan mengenai status kewangan tersebut.
"Saya tidak mempunyai maklumat mengenai projek tersebut, tetapi saya akan periksa laporan kewangan mengenainya," katanya sambil dicelah oleh Wee Chee Keong (KeADILan-Wangsa Maju) yang terus menggesa Azalina bertanggungjawab dalam isu tersebut.
Tetapi, Azalina yang tertekan dengan Wee terus menyatakan,"yang berhormat, saya masih muda. berilah saya peluang menyiasat dakwaan yang dikatakan."
Beliau kemudian diusik ahli dewan lain,"bila nak kahwin?" dan ada yang menyampuk,"dah ada calon ke?" menyebabkan Azalina berkata,"itu terlalu peribadi," sambil kembali membincangkan topik asal.
Bagaimanapun, pihak kerajaan katanya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut dan akan memeriksa laporan mengenainya seterusnya menjawab solan tersebut kelak. ... selanjutnya.
Nov 5, 2008
Tiada maklumat atau rugi?
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 3, 2008
RM12,485 billion terbang untuk projek runding terus
Benda ni korang kena belajar. Macamana nak jadi kakitangan kerajaan yang bertanggung jawab. Rujuk keterangan dari Lakim, Timbalan Menteri Pengangkutan ....
Projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar yang bernilai RM12.485 bilion telah diberikan kepada MMC-Gamuda JV melalui cara rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.Jadi kalau korang jaga di bahagian kontrak .. korang buat la cam ni. Kalau boss korang tanya, korang ikut apa yang menteri ni cakap.
"Projek ini adalah secara rundingan terus dan telah mengambil kira tentang kepakaran yang ada pada syarikat-syarikat yang telah menawarkan untuk melaksanakan projek-projek ini," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukin.
Menurut laporan Bernama, Lajim berkata cara rundingan terus adalah lebih baik kerana projek itu merupakan projek yang besar dan memerlukan kepakaran untuk membolehkan kerja-kerja berkenaan dibuat dengan sempurna dan dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan. - seterusnya
Tu sebab la kontrak supply kapal terbang, helikopter dan kapal selam, semuanya pun di buat dengan kaedah yang sama. OK .. korang paham tak?
Tanda terima kaseh aku kepada LAJIM atas penerangannya adalah .......
KEPALA BAPAK KAU !!!
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 26, 2008
Bijaknya kerajaan BN

RM3.43 juta dibazirkan untuk membeli 14 buah kereta Mercedez E200 Kompressor untuk EXCO Terengganu. Kalau itu lah jumlahnya totalnya, maka kenderaan itu bernilai sekitar RM245,000 sebuah. Ianya dibeli dengan cara tunai. Menurut kata MB Terengganu, keputusan itu di buat kerana Mercedes lebih jimat dari Proton Perdana V6.
Disebabkan terlalu banyak kritikan dan kekeliruan yang berlaku, BPR pun dah turun ke negeri tu nak buat siasatan. Tak tahu penghujungnya, tapi bergantung kepada Pak Lah untuk buat keputusan. Kalau Idris Jusoh mahu di ambil tindakan, maka kena la dia. Tapi jika tidak, maka lepas lah Idris Jusoh seperti lepasnya pemimpin pemimpin UMNO yang pernah di tuduh rasuah dan salah guna kuasa. Ada satu yang terus senyap dari perbincangan. Mereka adalah syarikat syarikat yang di pilih untuk menyelenggara kereta Proton Perdana milik kerajaan Terengganu sehingga menyebabkan kos tersebut cukup tinggi untuk di logikkan akal fikiran.
Untuk tutup cerita kebodohan kerajaan BN Terengganu ini maka Pak lah pun keluarkan kenyataannya ....
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu telah dinyatakan dalam pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam.Benarkah ia tidak lebih atau tidak kurang?
"Tapi sekarang kereta itu dah dibeli. Kalau jual pun akan rugi. Jadi, gunakan untuk tetamu-tetamu yang akan datang, ia sangat jelas... tidak ada lebih, tidak ada kurang," kata beliau di sini petang ini.
"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telah pun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudah pun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk ExcoExco mereka," katanya. - MStar
Itu adalah idea dari Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia yang sudah berada di singgahsana pemerintahan memasuki musim ke 2 nya. Soalnya di sini, selepas Merz di larang untuk di gunakan oleh EXCO, kini Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa membeli Perdana V6 pula untuk tutup isu Mercedez itu. Kalau sebuah kereta Perdana V6 bernilai RM113,000, maka untuk 14 buah kereta yang akan di beli nanti bernilai RM1.61 juta.
Bila Pak Lah campur tangan dan desak EXCO Terengganu menggunakan kereta lebih murah nilai, rakyat Terengganu lega. Ohhhh .... Pak Lah buat keputusan betul. Tetapi .....
Kalau pada awalnya, RM3.43 juta di belanjakan untuk membeli Mercedes, kini Terengganu bakal mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM1.61 juta untuk membeli Proton Perdana v6. Menjadikan jumlah keluar wang di dalam tempoh terdekat ini sebanyak RM5.01 juta hanya untuk membeli kereta kepada para EXCO.
Itu baru kos membeli dan bagaimana pula kos menyelenggara kenderaan yang bukan lagi 14 unit tetapi 28 unit nanti. Bijak sungguh kepala otak Pak Lah di dalam membuat keputusan yang sepetik jari sahaja.
Kalau untuk dijadikan perbandingan, ini yang kerap berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional. Contohnya, sebuah projek yang menelan belanja sebanayak RM10 juta terbengkalai. Rakyat bising dan untuk menutup dari kritikan maka kemudiannya dana tambahan sebanyak RM5 juta dikeluarkan untuk menyiapkan projek tersebut. Hakikatnya, kos asal sebanyak RM10 juta meningkat kepada RM15 juta. Kalau itu adalah wang milik rakyat, maka bising pun kena, tak bising pun rakyat yang kena.
Yang rugi siapa? Sudah tentu kita.
Apa kata Pak Lah? "Ubah cara hidup" ... saranan kepada rakyat dan bukan pemimpin BN. PADAN MUKA KORANG kerana pandai sangat pilih pemimpin. Tidak sampai 6 bulan selepas pilihanraya, rakyat di tipu lagi. Isu ini akan lupa selepas 4 tahun nanti dan BN akan menang lagi kerana rakyat yang bodoh, cukup mudah di perbodohkan.
Labels: Belit Dollah, Pembaziran BN, Radenjowo
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Jul 25, 2008
Kitorang nak guna mercedez, korang apa peduli
Budaya UMNO ... korang tengok wajah wajah EXCO Terengganu di belakang yang juga pengguna kepada bilangan kereta mercedez yang menjadi isu ... Begitu tersenyum bangga, walaupun pembaziran berlaku. Seolah olah di mulut mereka berkata ... "Kitorang nak guna mercedes, korang apa peduli".
MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menunjukkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) bagi mempertahankan keputusan membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta yang mencetuskan kontroversi. - Bharian
UMNO dan membazir, budaya yang sukar untuk di luputkan di kalangan pemimpin UMNO. Bila tiba tiba, Ahmad Said boleh bercakap dengan nada serupa ..... dan Pak Lah pun bersetuju menjadi rakan. [ PM setuju kerajaan Terengganu guna Mercedes]
Labels: Belit BN Belit UMNO, Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Jul 18, 2008
Kerajaan tak mahu ubah gaya hidup
Bila terbaca berita di dalam Malaysiakini, wa rasa macam cukup menyampah dan meluat luat. Kerajaan kata kepada rakyat, "Ubah cara hidup", tapi kerajaan sendiri tidak berminat meninggal kan tabiat buruk mereka. Nah ... sekarang mahu kan bukti bahawa kerajaan tidak perihatin langsung tentang nasib rakyat. Kita bergolok bergadai, dia membazir sakan. .....
"Sebagai sebuah dewan bandaraya yang paling kaya di negara ini, DBKL harus menjadi contoh utama kepada jabatan-jabatan kerajaan lain untuk menjimatkan tenaga," kata Lim, seorang anggota DAP (foto, kanan).
Manakala Loh menang atas tiket PKR setelah pertama kali dikenali ramai sebagai lelaki yang membuat rakaman perbualan seorang peguam kanan dengan seorang bekas ketua hakim negara sehingga memaksa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja klip video Lingam.
Lim menambah: "Kenapa (kerajaan memperkenalkan langkah) menutup pendingin hawa dan lampu ketika waktu rehat makan tengah hari, sedangkan seluruh bangunan (DBKL) terang-benderang di waktu malam, dengan pertunjukan cahaya besar-besaran?
"Bagaimana pertunjukan lampu ini setiap malam boleh memberi manfaat kepada orang ramai dalam zaman yang sukar ini (akibat kenaikan harga barang)?"
Imej-imej pemimpin utama negara dan promosi Malaysia mula ditayangkan di bangunan itu sejak tahun lepas dan sering menjadi bahan kritik ahli politik dan penulis blog.
Ahli parlimen itu kemudian mempertikaikan datuk bandar Datuk Ab Hakim Borhan dan sekiranya gagal menjawab persoalan- persoalannya, beliau sewajarnya melepaskan jawatan.
"Apakah ini kepemimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh datuk bandar? Apa perlunya beliau ke luar negara lebih 10 kali dalam lawatan rasmi sejak pelantikannya kurang dua tahun lagi?... Malaysiakini.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 18, 2008
Masjid Islam Hadhari?
cursingmalay - Itu baru pembahagian kerana tak sama fahaman politik.Tapi apa akan jadi pulak kalau projek "Satu Negeri,Satu Masjid Hadhari" ni dijalankan.Bukan setakat projek tu akan memisahkan orang Islam ikut politik malah projek tu akan juga memisahkan orang Islam ikut Islam tu sendiri,kerana banyak perbezaan pendapat berlaku setelah wujudnya "Islam Hadhari" itu.
Persoalannya,tak cukup kah Masjid kat Malaysia?Aku rasa tak perlulah nak membelanjakan RM4.2 juta untuk sebuah masjid.Kalau nak sangat buat Masjid,ikut cara Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,keluarkan duit sendiri,buat la masjid selawa-lawa yang anda nak.Cantik masjid tu,betul2 belakang rumah aku kat Alor Setar.
Perlukah "Masjid Islam Hadhari" itu?Adakah Pak Lah terlalu desperate untuk menjadikan Islam Hadhari sesuatu yang berjaya sebelum dia berundur? (lambat lagi tu,sori Najib)
Mahukah kita,bila solat Jumaat terpaksa membuat pilihan,ke Masjid Islam Ordinary atau ke Masjid Islam Hadhari?Bila agama dijadikan satu bentuk taktik peperangan dalam politik,benda2 macam ni la yang akan timbul nanti.... selanjutnya.
no2umno - kita disuruh jimat cermat, ubah gaya hidup. BN terus membazir tak tentu arah. Dah la membazir, ini juga bakal menjadi masalah kepada perpaduan kaum. Woiiii ghenti la.
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 13, 2008
BN’s Wastages That The Rakyat Has to Pay For
malaysiatoday - [...] Looking at the list below, it looks like the BN government is more determined to help themselves rather than the citizens.
And this list below is hardly exhaustive as these are the ones uncovered so far – the tip of the ice-berg, if you will! What lies beneath could be much larger :-
1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit) wasted;
2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion);
3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s;
4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). (Eric Chia was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company.);
5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market;
6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam;
7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million);
8. Wang Ehsan from oil royalty in Terengganu amounting to RM7.4 billion from 2004 – 2007;
9. For the past 10 years since the Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million;
10. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000; Shahrizat Abdul Jalil (Women and Social Development Affairs) RM404,726; and Abdul Hamid Othman (Religious Affairs) RM549,675 per annum;
11. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment of which the breakdown of costs is unknown;
12. The commission paid for the purchase of jets and submarines to two private companies, Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million;
13. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”;
14. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge;
15. RM100 million spent on the Parliament building for renovations and to patch up leaks;
16. National Astronaut Programme - RM 40 million;
17. National Service Training Programme - yearly an estimate of RM 500 million;
18. Eye on Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets;
19. RM4.63 billion ’soft-loan’ to PKFZ;
20. RM2.4 million on indelible ink;
21. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. A RM380 million windfall for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hikes in 2008 alone;
22. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to the Sarawak Chief Minister and his family;... selanjutnya.
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Biar kabinet tentukan bonus Petronas
isuhangat - Petronas dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus memaklumkan laporan keuntungannya sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus kepada pegawai-pegawainya, saran ahli majlis tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
"Janganlah terlalu dipentingkan keuntungan beratus-ratus juta (ringgit) GLC sehingga rakyat di bawah menderita.
"Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?" katanya, mengulas kenaikan mendadak harga minyak minggu lepas.
"Petronas dan semua GLC negara perlu mengumumkan keuntungan kepada kabinet sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu di berikan kepada mereka. Masa ini semua pengurusan (keuntungan) GLC dilakukan oleh CEO masing-masing."
Tambah bekas menteri besar itu, pegawai GLC menikmati bonus besar sehingga sembilan bulan tetapi keuntungan syarikat-syarikat itu tidak disumbangkan kepada kumpulan wang disatukan negara.
"Pengalaman saya di Selangor, semua GLC hendaklah menyumbang kepada (kumpulan) wang disatukan negeri sebagai satu punca pendapatan, sama ada secara terus atau melalui tabung tertentu," katanya di blog peribadinya.
"Jika GLC ingin memberikan bonus kepada kakitangan, mereka perlu membuat sumbangan kepada kerajaan negeri, di samping menyelesaikan pinjaman mengikut jadual." ... selanjutnya.
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 11, 2008
Rapid, Scomi dan anak anak nya .....
Korang baca dulu cerita ni ....
Nak tau cerita? ... aku pernah menyelinap masuk ke dalam SCOMI. Sebagai kontraktor di Scomi. Cehh hebat masa tu, siap dengan tali leher dah macam mat salleh kacukan jawe. Pejabat diorang ni di Kelana Jaya. AKu tak tau samaada kawasan tu milik siapa tapi dua dua syarikat berada bersebelahan. Luas kawasannya. Masuk ikut pintu hadapan bertemu dengan Bangunan Rapid KL dan susur kanan, ke belakang bertemu dengan bangunan SCOMI. Pejabatnya berkongsi dan kawasannya sahaja yang berbeza.Apa kaitan RapidKL & RapidPenang dengan anak Pat Lah.......
alditta - "Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah (yang mengambil alih syarikat itu)?" kata Mahathir.
"Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh RapidKL.
"Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu?
"Jika ya, nampaknya RapidKL diadakan untuk menguntungkan pembekal." - Baca di sini.
Nampaknya Pat Lah sibuk sangat membuat program penjimatan akibat daripada kenaikkan mendadak harga petrol baru-baru ini hinggakan tiada masa untuk menjawab pertanyaan Mahathir........... selanjutnya.
Kalau tengok macam hebat, tapi diorang pun sama je. Disebabkan lawatan aku sebelum pilihanraya ke 13 tempoh hari, maka sibuk lah cerita pasal pilihanraya. Sebenarnya pekerja SCOMI ni tau asal usul dan rahsia kewangan SCOMI. Nama gah, tapi tak der duit sangat. Biasa la. Company anak PM, biasanya jadi longkang je. Masuk air belah situ, air mengalir ke tempat lain. Tak der air yang bertakung pun. tapi projek banyak gua cakap sama lu.
Aku duduk sana, tengok je besi landasan keretapi yang diorang import dari Cina. Berlori lori datang. Mak aiii. ...punya la panjang. Di bawa ke sana dan dibentuk menjadi lurus dan kalau quality problem, diorang reject. Peduli apa....bukan duit diorang. Duit rakyat. Bila bukan duit sendiri, senang masuk senang keluar. tak rasa bersalah pun. masa tu diorang sibuk dengan projek berkembar dan rail yang diorang masuk kan tu untuk projek tu. Cerita nya panjang tapi cukup lah setakat ini. Cuma nak bagi tau ...dua dua syarikat ni memang mesra antara satu sama lain. Bantu membantu, tolong menolong, rompak merompak. Sikip sama di lapah, banyak sama di belasah.
Labels: Belit Dollah, Pembaziran BN, Scomi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 30, 2008
Pembaziran Rosmah dan Dr. M, Kerajaan Perlu Jelaskan
suarakeadilan - Kementerian Luar hari ini diminta menjelaskan soal pemberian cek bernilai USD1.2 juta kepada sebuah pertubuhan American International Centre yang mempunyai hubungan rapat dengan pelobi agen Yahudi, Jack Abramoff.
Difahamkan bahawa bukti cek bertarikh 6 Mac 2002 tersebut dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Washinton DC semata-mata bertujuan mengatur pertemuan antara Dr. Mahathir dengan George W. Bush suatu ketika dahulu.
Persoalan ini ditimbulkan Mohamed Azmin Ali (KeADILan-Gombak) semasa membahaskan peruntukkan tambahan melalui pindaan Rang Undang-Undang, Akta Perbekalan Tambahan Tambahan (2007) 2008 bagi Kementerian Luar.
Azmin turut meminta Kementerian Luar menjelaskan tentang beberapa aduan menyalahgunakan peruntukkan kementerian tersebut khususnya oleh pemimpin negara yang bercuti di luar negara di samping menguruskan hal isteri-isteri mereka.
Antara aduan yang banyak diterima adalah mengenai isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah sewaktu lawatannya ke Bandaraya London. Dilaporkan beliau berbelanja dengan begitu mewah dengan beberapa kos terpaksa ditanggung kedutaan Malaysia di London dan MAS berikutan keengganan membayar cukai.
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 22, 2008
Syarikat kaya-raya dapat gas subsidi
malaysiakini - [...] Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu.
Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi."
"Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.
"Harga gas yang rendah ini membolehkan IPP mengaut keuntungan yang tinggi dan kementerian bersetuju untuk memastikan IPP tidak mengaut keuntungan yang berlebihan," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Shahziman berkata, sekarang masa terbaik memastikan subsidi yang diberikan kerajaan benar-benar diterima oleh kumpulan sasar yakni rakyat berpendapatan rendah.
"Pembetulan ini akan dilakukan dengan mengambil kira tiga perkara iaitu harga gas, menyeimbangkan keuntungan IPP dan memastikan rakyat tidak terjejas daripada kenaikan tarif elektrik," katanya.... selanjutnya.
Labels: Kroni, Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
How BN finished RM500k in less than 60 days
Bagaimana kerajaan BN menghabiskan RM500 juta di dalam 2 bulan .... buktinya ada di blog ini .....
wengsan.blogspot.com
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sultan tegur Adun BN boros
malaysiakini - [...] "Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan (seorang) ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor hari ini."Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.
"Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos,” titah baginda lagi.
Sultan Selangor dipercayai merujuk laporan seorang wakil rakyat BN yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari lalu untuk beberapa projek di kawasan DUN Kampung Tunku.... selanjutnya.
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 15, 2008
Kos Sebenar Pembinaan Putrajaya RM11,831 Juta (11.8 Billion)
bernama - [...] Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kos sebenar bagi pembinaan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan pusat sehingga ini adalah RM11,831 juta.No2umnO - Tu la korang. Nak tengok sangat bangunan ... nah ambikkkkk tu. Ada rakyat Malaysia yang tak pernah pun tengok Putra jaya tau.... apalagi tengok kapalselam, sukhoi, kapal terbang perdana Menteri.....hey, kalau bab belanja besar .... serah aje kata kerajaan BN. Sehari boleh langsai billion billion ....
Beliau berkata ia meliputi pembangunan pejabat-pejabat kerajaan, kuarters kerajaan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan rumah kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Hakim.
"Selain itu, ia juga turut meliputi pembangunan infrastruktur seperti terowong, jalan, jambatan, menara selain kemudahan awam seperti taman, dataran dan tasik," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Rabu.
Abdullah berkata pembinaan bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dibuat secara penswastaan melalui kaedah bina, pajak dan pindah.
Beliau berkata melalui kaedah ini, Putrajaya Holdings menggunakan pembiayaan sendiri untuk membina pejabat-pejabat kerajaan itu secara berperingkat di atas tanah kerajaan. "Kerajaan menyewa bangunan tersebut dalam tempoh konsesi selama 25 tahun dengan kadar bayaran bulanan yang telah ditetapkan iaitu bermula dengan RM2.50 sekaki persegi.
"Pada akhir tempoh konsesi, bangunan-bangunan ini akan dipindahkan kepada kerajaan tanpa lain-lain bayaran," katanya.
Abdullah berkata bangunan kerajaan mula diduduki secara berperingkat oleh kementerian dan jabatan kerajaan apabila bangunan-bangunan yang diperuntukan kepada mereka siap.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata jumlah sewa tahunan yang dibayar kerajaan kepada Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2007 ialah RM929.7 juta manakala pada tahun 2006 ialah RM878.1 juta.
"Pada tahun 2005, kerajaan membayar RM732.0 juta kepada mereka dan pada tahun 2004 sebanyak RM434.0 juta," katanya....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 14, 2008
Biaya Malaysian Philharmonic Orchestra RM3.5 juta sebulan!
detikdaily - [...] Dalam pada itu di Parlimen semalam wakil Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mendedahkan bahawa Petronas terpaksa membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysin Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.
Okestra ini dianggotai oleh hanya 5% rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah yang diimpot. Konduktor orkestra ini sahaja dibayar RM130,000 sebulan dan pembantunya RM50,000 sebulan (lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia)!
Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari 1% rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?
Jika benar dalam susasan ekonomi dunia yang tidak menentu ini kita diminta berjimat-cermat maka penjimatan yang paling uatama disaat ini bagi saya adalah untuk mengahpuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini.
Peruntukan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor MPO ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.
Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300, dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 8, 2008
Selepas bocor, OKU pula 'terkandas' di Lif Parlimen.
harakahdaily - Bangunan Parlimen bermasalah lagi dan kali ini melibatkan Lif Parlimen yang telah menyebabkan para pengguna dan pelawat terkandas kira-kira 20 minit.
Lebih malang lagi, beberapa orang Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) turut menerima nasib yang sama ketika menggunakan lif Parlimen pada tengah hari tadi.Bersama-sama mereka ialah Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Dalam kejadian itu, OKU yang berada di tingkat bawah telah menaiki lif untuk ke Lobi Parlimen namun setelah sampai di tingkat satu, pintu lif tersebut hanya terbuka sedikit dan menyukarkan pengguna untuk keluar.
Lif tersebut tidak dapat dibuka kerana pintu automatiknya menghadapi masalah.
Beberapa orang petugas Parlimen telah bergegas untuk membantu namun mengalami kesukaran kerana pintu lif tersebut hanya terbuka sedikit dan kepingan logam pada pintu lif itu juga turut tercabut.
Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka pintu terbabit dan memastikan semua pengguna keluar.Antara yang membantu dalam usaha memastikan OKU dapat keluar selamat di lif tersebut ialah, N Gobalakrishnan (KeADILan Padang Serai)
OKU terbabit hadir ke Parlimen untuk bertemu ahli parlimen di samping melawat sesi sidang di luar Lobi Parlimen.Kebanyakan mereka berkerusi roda. Akibat daripada itu lebih sepuluh OKU yang berkerusi roda di tingkat bawah.
Menurut beberapa ahli parlimen yang turut menyaksikan kejadian memaklumkan bahawa lif tersebut baru sahaja diperbaiki dan kali ini mengundang masalah dan orang ramai khususnya ahli parlimen terpaksa mengambil masa yang lama kerana lif tidak boleh digunakan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Pembaziran BN, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Negara rugi RM140 bilion dalam tempoh dua bulan
ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com - (...) Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily berpendapat faktor utama kejatuhan saham di BSKL ini adalah berpunca daripada ketidakyakinan para pelabur ekoran kedudukan kerajaan yang tidak stabil selepas pilihan raya umum ke-12.
"Selain faktor kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga, isu yang lebih besar daripada itu adalah ketidakyakinan ahli-ahli Umno terhadap kepemimpinan Presidennya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.
Menurutnya, semenjak 9 Mac lalu ahli-ahli Umno di pelbagai peringkat mengkritik secara terbuka kepemimpinan Abdullah malah sebahagian besar daripadanya mendesak supaya Presiden Umno itu berundur daripada jawatan Perdana Menteri yang sedang disandang.
"Pergolakan ini kemudian memberi kesan yang lebih teruk kepada keyakinan pelabur apabila dasar-dasar kerajaan BN yang tidak demokratik dikenakan ke atas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Belit BN, Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 6, 2008
Kementah jawab isu Scorpene, Sukhoi
malaysiakini - (...) Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan, ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga, setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan angkatan tentera Malaysia.
Selain itu, katanya, rujukan juga dibuat kepada pihak Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.
"Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus, dikemukakan kepada Kementerina Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan kementerian kewangan diperolehi," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bertarikh 26 April itu, diedarkan selepas sidang akhbar timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, untuk menjawab kenyataan-kenyataan oleh pihak-pihak tertentu mengenai pembelian Scorpene dan Sukhoi.
Read more ......
Labels: Pembaziran BN, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bantu petani lebih baik dari belanja berbillion beli kapal selam - Wan Azizah
harakahdaily - etua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) menegaskan, kerajaan perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu golongan petani bagi meningkatkan hasil padi negara.
"Sepatutnya daripada berbelanja berbillion ringgit untuk kapal selam dan kapal terbang Sukhoi, lebih baik kerajaan memberi tumpuan dalam meningkatkan ransangan bagi sektor pertanian khasnya dalam rangka menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat dan juga sebagai persiapan dalam pertahanan negara," ujar Wan Azizah.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.
Menurut Wan Azizah, akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa dunia sedang menghadapi krisis makanan dimana pengeluaran beras dan bahan-bahan makanan lain tidak dapat memenuhi permintaan yang makin meningkat dan menyebabkan harganya melambung tinggi.
Kekurangan berlaku antaranya kerana permintaan yang tinggi terutamanya daripada China dan India, katanya. more...
Labels: Keadilan, Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 14, 2008
Bajet misi kedua hantar angkasawan di kabinet
Mstar - (...) "Buat masa ini, peruntukan bagi fasa kedua ini belum ada. Oleh kerana itulah kerajaan terpaksa memikirkan pelan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melawat ke Akademi Sains Malaysia (ASM) di sini, Isnin.
Maximus berkata kerajaan belum memberi jawapan kepada Russia sama ada akan meneruskan program itu atau sebaliknya kerana perlu terlebih dahulu membuat beberapa kajian berhubung bajet dan kesan daripada misi pertama.
Katanya kerajaan memerlukan tempoh kira-kira dua bulan bagi membincangkan perkara itu dan kemudian barulah memberitahu Agensi Angkasa Russia (ROSKOSMOS) sama ada mahu meneruskan atau membatalkan hasrat untuk misi kedua itu.
Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dipilih untuk misi pertama manakala Mejar Dr Faiz Khaleed, 26, yang turut menjalani latihan bersama Dr Sheikh Muszaphar dicadang untuk dihantar bagi misi kedua. more...
Labels: Pembaziran BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments