harakahdaily - Bangunan Parlimen bermasalah lagi dan kali ini melibatkan Lif Parlimen yang telah menyebabkan para pengguna dan pelawat terkandas kira-kira 20 minit.
Lebih malang lagi, beberapa orang Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) turut menerima nasib yang sama ketika menggunakan lif Parlimen pada tengah hari tadi.Bersama-sama mereka ialah Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Dalam kejadian itu, OKU yang berada di tingkat bawah telah menaiki lif untuk ke Lobi Parlimen namun setelah sampai di tingkat satu, pintu lif tersebut hanya terbuka sedikit dan menyukarkan pengguna untuk keluar.
Lif tersebut tidak dapat dibuka kerana pintu automatiknya menghadapi masalah.
Beberapa orang petugas Parlimen telah bergegas untuk membantu namun mengalami kesukaran kerana pintu lif tersebut hanya terbuka sedikit dan kepingan logam pada pintu lif itu juga turut tercabut.
Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka pintu terbabit dan memastikan semua pengguna keluar.Antara yang membantu dalam usaha memastikan OKU dapat keluar selamat di lif tersebut ialah, N Gobalakrishnan (KeADILan Padang Serai)
OKU terbabit hadir ke Parlimen untuk bertemu ahli parlimen di samping melawat sesi sidang di luar Lobi Parlimen.Kebanyakan mereka berkerusi roda. Akibat daripada itu lebih sepuluh OKU yang berkerusi roda di tingkat bawah.
Menurut beberapa ahli parlimen yang turut menyaksikan kejadian memaklumkan bahawa lif tersebut baru sahaja diperbaiki dan kali ini mengundang masalah dan orang ramai khususnya ahli parlimen terpaksa mengambil masa yang lama kerana lif tidak boleh digunakan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
BUAT KERJA HARAM PUAK PUAK KHAWARIJ NI.
2 minutes ago
0 comments:
Post a Comment