detikdaily - (...) Apa yang saya musykilkan mengenai perkara ini adalah bagaimana begitu cepat pihak polis menyediakan pertuduhan serta terus memfailkan kes tersebut dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Malah terlalu mudah pula hakim membuat keputusan bagi kes ini yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan.
Kelakarnya insiden ini ialah laporan polis yang dikaitkan dengan kes ini dilakukan oleh pihak ketiga (seorang pegawai polis) yang tidak ada kena mengena langsung dengan isi kandungan artikel Raja Petra Raja Kamaruddin yang bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” yang kononnya berbaur hasutan. Malah tidak ada seorang pun penama yang disebutkan didalam artikel tersebut yang berani tampil untuk membuat laporan polis.
Apakah pegawai polis yang membuat laporan tersebut telah diarahkan oleh penama-penama yang disebutkan didalam artikel tersebut atau pegawai polis itu sendiri yang beriya-iya menunjukkan sikap terlalu “membodek”. Yang pastinya hanya Allah S.W.T dan pegawai polis itu sahaja yang tahu.
- baca selanjutnya di SINI....
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment