KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

Tangan ghaib di sebalik tabir istana Perak?

harakahdaily - (...) Kerajaan yang baik (good governance) sememangnya memerlukan sistem pemisahan kuasa seperti ini sehingga tiada satu pihak yang mempunyai kuasa mutlak.

Sekiranya kuasa mutlak dipusatkan kepada pihak atau individu tertentu, kemungkinan untuk berlakunya kezaliman adalah lebih tinggi. Bagaimanapun sistem pemisahan kuasa ini hancur musnah semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir, sehingga kuasa Raja-raja Melayu yang sememangnya sangat kecil diperkecilkan lagi, diikuti pula dengan melumpuhkan kuasa Badan Kehakiman (judiciary).

Tindakan pihak istana sejak akhir-akhir ini kelihatan cuba mengembalikan semula sistem pemisahan kuasa tersebut demi pembentukan sebuah kerajaan yang baik.

Sekiranya Karpal Singh melihat tindakan Sultan Perak dan Raja Muda Perak dari kacamata seperti ini, pasti beliau bersetuju dengan tindakan tersebut. Tindakan pihak Istana Perak ini sekiranya dilakukan sewaktu Perak di bawah teraju BN pastinya akan mendapat sokongan pihak pembangkang.

Sayang sekali sewaktu Almarhum Ustaz Ishak Baharom di'pecat', pihak Istana Selangor tidak bertindak dalam lingkungan tafsiran undang-undang yang diperuntukkan kepadanya.

Sekiranya pihak Istana Selangor bertindak sebagaimana tindakan pihak Istana Perak hari ini, pastinya tindakan itu dilihat sebagai memperkukuhkan sistem pengasingan kuasa.

Sultan Perak dan Raja Muda Perak telah bertindak menurut tafsiran luas daripada semangat peruntukan undang-undang yang memberikan kuasa budi bicara kepada mereka.

- baca selanjutnya di SINI....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive