KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

544 kakitangan awam didakwa tuduhan rasuah dalam tempoh 2003-2007

Mstar - Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa 544 pegawai dan kakitangan kerajaan atas pelbagai kesalahan rasuah sepanjang tempoh antara 2003 dan 2007, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata berdasarkan pecahan mengikut jabatan, 217 daripada jumlah kes pendakwaan itu membabitkan pegawai dan kakitangan dari Polis Diraja Malaysia, 59 dari Jabatan Pelajaran, 28 dari pihak berkuasa tempatan, 19 Jabatan Kebajikan Malaysia, 14 dari jabatan dan majlis agama Islam dan 12 dari Jabatan Kerja Raya.

Pendakwaan turut dibuat terhadap 13 kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan, 12 dari Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan, 11 dari Pejabat Tanah Daerah, 11 dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan 148 dari jabatanjabatan lain.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk berkaitan menerima rasuah 329 kes, memberi dan menawarkan rasuah (4), mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu (103) dan kesalahan menyalahguna kedudukan (40).

Selain itu satu kesalahan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan 67 kes lagi di bawah Kanun Keseksaan dan perundangan lain, katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) mengenai mengenai bilangan kakitangan awam yang dikenakan tuduhan rasuah sepanjang 2003 hingga 2007 dan strategi kerajaan bagi menangani gejala itu.

Mengenai usaha meningkatkan pencegahan rasuah di sektor awam, Mohamed Nazri berkata, BPR akan berusaha mengubah kaedah daripada penguatkuasaan dan tindakan menghukum, kepada menggalakkan jabatan atau agensi kerajaan supaya tampil bekerjasama dengan BPR dalam pelbagai aspek pelaksanaan program pencegahan jenayah rasuah, pencegahan penyelewengan dan salah guna kuasa dengan memberi penekanan kepada aspek kawalan dalaman.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO - Belum semua lagi tu .....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive