Tak payah nak kecoh kecoh, kini Kijang care, sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Dato’ Paduka Haji Husam Bin Haji Musa telah membuahkan satu lagi hasil. Mencari mereka mereka yang hilang. Terdahulu menemui Azreen dan sekali lagi, penemuan seorang lagi remaja yang hilang .... Nurul Wahida Hamzah. Ikuti berita ini
Sebelum ini berita tentang SIASAH: Pasukan jejak kasih Azreen berlepas ke Lombok dan untuk ketahui tentang ornganisasi ini .... sila kunjungi : KijangCare
Hmetro - “Saya nak bawa suami berjumpa ibu untuk memohon keampunan atas perbuatan kami selama ini selain mahukan restunya. Itu perkara pertama terlintas di fikiran apabila saya sampai di Malaysia.
“Namun, saya tidak mahu berpisah dengan suami, malah tetap menyayanginya walaupun perbuatan kami berkahwin tanpa kebenaran ibu,” luah Nurul Wahida Hamzah, 20, ketika ditemui di rumah kakaknya, Saadiah, 38 di Johan Setia di sini, malam tadi.
Nurul ditemui wakil Harian Metro sebaik tiba dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang bersama wakil Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care), Alex Ong.
Dia yang tiba di rumah kakaknya kira-kira jam 10.30 malam tadi dilihat masih keliru sejurus keluar dari kereta milik Kijang Care. berita penuh....
Kesimpulannya: Kalau niat bersih, tak payah kecoh kecoh ..... hasilnya adalah bukti kepada kejujuran.
2 comments:
Apela kijang care nih, koman sungguh . ari tuh si mamat Husae dan Alex kecek duit tabung tinggal RM 2,000.00 rial je. Tapi balkis RM 9.9 juta, Pertubuhan Tanjung (alah apekenama , yang bini Koh Tsu Koon tuh..) RM 0.55 juta. Idak gitu Den?
saya tak paham bila baca artikel selanjutnya. ..kenapa kita ditanam dgn infomation syurga di bawah tapak kaki ibu...setahu saya itu ungkapan utk anak lelaki yg sekarang ni ramai membiarkan ibubapa hanya dijaga oleh adik beradik perempuan,bukankah bagi seorang yg bergelar isteri taatnya pada suami,pening saya.
Post a Comment